Kucing Boleh Makan Ikan Mentah? Ketahui 6 Langkah Penyediaan Yang Betul Buat Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Boleh Makan Ikan Mentah? Ketahui 6 Langkah Penyediaan Yang Betul Buat Si Meow

Share
ikan

Ikan dan kucing sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana hidupan laut itu cukup digemari oleh si meow dan sangat sinonim dengan pemakanan harian mereka.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir sama ada kucing boleh makan makanan mentah ataupun tidak?

Mentah bermaksud ikan yang disediakan masih belum menjalani sebarang proses rebusan mahupun pembersihan secara rapi.

ikan

Makanan mentah mungkin mempunyai patogen seperti Salmonella dan E.Coli yang membawa kepada jangkitan serius yang boleh mengancam nyawa.

Berdasarkan kajian, ikan mentah boleh dihidangkan pada seekor kucing dengan syarat ianya mestilah dibersihkan terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, kucing menghadam makanan lebih baik daripada manusia kerana mereka mempunyai saluran pencernaan yang lebih pendek dan lebih berasid. 

ikan

Memberi kucing makan makanan mentah boleh menyebabkan anda dan individu lain yang berada di dalam rumah terdedah pada bakteria patogen yang bahaya.

Bakteria patogen ini boleh kekal di dalam permukaan penyediaan makanan, pinggan mangkuk, najis kucing dan juga pada kucing anda lebih-lebih lagi sekitar kawasan muka kucing.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, berikut merupakan cara selamat dalam mengendalikan makanan mentah buat si meow.

ikan

  • Sediakan makanan dalam kawasan rumah yang terkawal. Bersihkan dan sanitasi dengan teliti setelah selesai.
  • Gunakan sarung tangan apabila memegang daging mentah.
  • Seeloknya, kendalikan makanan mentah semasa ianya masih lagi beku
  • Gunakan daging dari sumber yang dipercayai selamat dan bersih
  • Beri kucing anda makan di kawasan yang mudah untuk dicuci. Pastikan tiada karpet ataupun sebarang hiasan berhampiran demi mengelakkan ianya rosak dan kotor
  • Sanitasikan mangkuk makanan setelah kucing anda selesai makan.

ikan

Kucing sangat terkenal dengan sifatnya yang comel, manja dan kuat makan. Oleh itu, pastikan anda menyediakan diet pemakanan yang sihat dan selamat untuk si meow.

Sekiranya anda sering beri si bulus makan makanan mentah, pastikan kesemua langkah penyediaan di atas dituruti agar si meow terhindar daripada sebarang kekotoran dan kuman.

Meskipun ianya hanyalah makanan mentah, kebersihan tu kena la jaga kan?

 

[Sumber]: themamamiaow

 

Baca: Kucing Pun Stress? 5 Tanda Si Meow Sedang Mengalami Tekanan

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!