Kucing Menangis Bukan Sebab Sedih, Ini Fakta Airmata Kucing );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Menangis Bukan Sebab Sedih, Ini Fakta Airmata Kucing

Share

Kita selalu berfikir kalau kucing atau haiwan lain keluarkan airmata mesti dia dalam keadaan sedih atau sakit. Kadang-kadang haiwan keluarkan airmata bukan sebab sedih tapi memang keperluan mereka.

Biasanya spesies hidupan bertulang belakang memang akan mengeluarkan airmata seperti kambing, gajah dan manusia! Jadi, tak semestinya kerana sakit dan emosi sahaja penyebab menangis. Ini antara sebab si bulus menangis tanpa sebab.

Genetik

Kucing yang sering mengeluarkan airmatanya tanpa sebab adalah berpunca daripada genetik. Kejadian ini lebih ketara semasa kucing masih kecil. Jadi, jangan risau si bulus anda bukan dalam keadaan sedih atau sakit, cuma memang suka keluarkan airmata tanpa sebab.

Bersihkan Mata

Kalau nampak airmata si bulus meleleh bukan dia sedih tapi dia nak bersihkan mata sahaja. Sama seperti manusia, air mata berfungsi untuk membasahkan dan membersihkan bebola mata. Mungkin ada habuk atau debu yang masuk mata, si bulus tak gosok mata macam manusia jadi mereka keluarkan airmata untuk hilangkan debu tersebut.

Luka Kecil

Luka kecil atau jangkitan ringan di bahagian mata juga membolehkan airmata kucing mengalir. Mungkin terluka kerana bergaduh dengan kucing lain atau terlanggar objek keras menyebabkan matanya luka. Tetapi jika ada kelainan pada kucing atau luka semakin membesar, pastikan anda bawa kucing kesayangan ke klinik secepat mungkin.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!