Kucing Boleh Makan Sayur? 4 Jenis Sayuran Ini Baik Untuk Kesihatan Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Boleh Makan Sayur? 4 Jenis Sayuran Ini Baik Untuk Kesihatan Si Meow

Share

Ikan, ayam, kibbles dan wet food sering menjadi pilihan makanan si meow namun, tahukah anda bahawa sayur-sayuran juga boleh dijadikan menu tambahan?

Berdasarkan kajian, sayur-sayuran boleh memberikan khasiat fitonutrien pada seekor kucing dan boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser, penyakit autoimun dan infeksi.

Akan tetapi, perlu diketahui bahawa tidak semua sayuran itu sesuai untuk si meow tau!

Berikut merupakan 4 jenis sayur-sayuran yang sesuai dijadikan menu sampingan buat si bulus anda.

 

Brokoli

boleh

Brokoli mengandung senyawa antioksidan seperti vitamin C dan bioflavonoid yang membantu menjaga sistem kekebalan tubuh kucing.

Selain itu, brokoli juga menawarkan serat yang sihat untuk kucing kesayangan anda bagi membantu sistem penghadaman si meow berjalan dengan lebih lancar.

Untuk cara penyediaan, brokoli tidak perlu dimasak ataupun direbus, anda hanya perlu bersihkannya dengan air terlebih dahulu dan hidangkan secara mentah.

 

Lobak

boleh

Lobak tinggi likopen dan kaya dengan sebatian antioksidan. Makanan yang kaya dengan likopen menawarkan perlindungan dari risiko penyakit seperti barah ataupun kanser.

Sama seperti manusia, kucing pun boleh menghidap penyakit kanser tau!

Likopen juga dapat membantu menjaga penglihatan kucing anda supaya kekal sihat terutamanya ketika mereka meningkat usia. Apabila mereka semakin tua, penglihatan kucing akan menjadi lebih keruh. Untuk itu, lycopene dapat mengatasi masalah ini.

 

Kubis

boleh

Sayuran hijau ini kaya dengan vitamin A dan zink serta mempunyai banyak vitamin dan nutrien yang bermanfaat untuk kucing.

Sebagai cara penyediaan, kukus kan kubis terlebih dahulu kemudian, campurkannya dengan daging ikan atau ayam untuk menarik perhatian si meow.

Ianya ibarat sebuah hidangan yang lengkap dengan sumber vitamin dan protein. Kena cuba menu ni tau!

 

Pakcoy

boleh

Meskipun sayur ini sedikit pahit, namun ianya sangat berkhasiat terutamanya pada anak kucing.

Menurut Dr Buchoff, diet pemakanan mentah dan sayur-sayuran merupakan sesuatu yang sihat untuk kucing. Malah, sayuran juga dapat memanjangkan jangka hayat si bulus.

Secara amnya, kucing yang sihat mempunyai jangka hayat sekitar 18 hingga 20 tahun. Namun, jika hanya bergantung pada makanan segera yang dijual di pasar raya, dijangka kucing hanya akan dapat bertahan antara 12 hingga 15 tahun sahaja.

Oleh itu, dengan menjadikan sayuran sebagai makanan tambahan, ianya dikatakan boleh menambah jangka hayat si meow.

boleh

Secara logiknya, sayur-sayuran sangat penting dalam menjamin kesihatan manusia dan tanpa kita sedari, si meow juga turut sama memerlukannya dalam diet pemakanan mereka.

Oleh itu, apa tunggu lagi? Cuba la jadikan empat sayuran di atas sebagai menu baru mereka. Si meow pasti bertambah sihat dan lebih bertenaga!

 

[Sumber]: cnnindonesia

 

Baca: Cara Memberus Gigi Kucing Dengan Betul Dan Selamat

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!