Keju Diperbuat Daripada Susu, Namun Adakah Ianya Selamat Dimakan Kucing? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Keju Diperbuat Daripada Susu, Namun Adakah Ianya Selamat Dimakan Kucing?

Share
daripada

Umum mengetahui keju sememangnya diperbuat daripada bahan tenusu dan ia sememangnya merupakan salah satu daripada diet pemakanan seekor kucing.

Namun adakah ianya selamat untuk dimakan si meow?

Menurut Christine O’Brien, yang dipetik di laman web Hill’s Pet , kucing boleh makan keju namun keju yang diberikan mestilah dalam jumlah tertentu.

daripada

Kucing merupakan haiwan karnivor dan keju bukanlah pilihan utama daripada segi pemakanan mereka, namun keju boleh digunakan sebagai alternatif untuk meningkatkan selera si meow dan memudahkan mereka untuk mengambil ubat.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa kucing tidak toleran terhadap laktosa walhal keju diperbuat daripada susu yang mengandungi bahan laktosa.

Terlalu banyak laktosa yang memasuki tubuh kucing, boleh menyebabkan masalah pencernaan dan masalah kesihatan seperti cirit-birit, alahan, bulu gugur dan kegatalan kulit.

Adakah Semua Jenis Keju Sesuai Untuk Kucing Makan?

daripada

Terdapat pelbagai jenis keju di dunia ini dan masing-masing mempunyai rasa dan kandungan susu dan laktosa yang berbeza-beza.

Namun tidak semua daripadanya boleh dimakan kucing dan antara yang dilarang adalah Mozzarella, Brie dan Blue Cheese.

Manakala berikut pula merupakan antara jenis keju yang dibenarkan untuk kucing memakannya:

  1. Keju Cheddar: Keju Cheddar lebih rendah laktosa daripada jenis keju lain. Ada yang agak lembut teksturnya tetapi ada yang keras.
  2. Keju Swiss: Selain rendah laktosa, keju Swiss juga rendah lemak dan garam tetapi tinggi protein.
  3. Keju Parmesan: Keju parmesan rendah sodium.

daripada

Sekiranya anda kerap beri si meow makan keju sebagai snek harian mereka, pastikan jenis-jenis keju di atas merupakan antara yang diberi agar kucing tidak mengalami sebarang kesan sampingan di kemudian hari.

Maka dengan ini, anda bolehlah beri si meow makan keju sekali-sekala, yang penting jangan kasi mereka makan cheese cake sudah la ye!

 

[Sumber: goldenmaze]

 

Baca Juga: Kucing Boleh Makan Ikan Mentah? Ketahui 6 Langkah Penyediaan Yang Betul Buat Si Meow

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!