Makin Malas! Alasan Kenapa Kucing Berusia Tidak Aktif );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Makin Tua, Makin Malas! Alasan Kenapa Kucing Berusia Tidak Aktif

Share

Kalau anda perasan kucing tua ni agak pemalas. Lebih suka duduk diam dan memerhati. Tapi kalau namanya kucing, sifat memburu dan suka menangkap tetap menjadi pilihan untuk bermain hingga sampai waktu si bulus tidak berupaya lagi untuk melompat sana-sini.

Seperti manusia juga, bila si bulus sudah meningkat dewasa, mereka kurang melakukan aktiviti lasak dan kurang menggunakan tenaga. Sebab itu, anda baling bola pun si bulus mampu lihat bola bergolek. Jadi, fahami kucing yang berstatus ‘warga emas’, apa yang mereka suka.

Tarik Minat

Lakukan sesuatu yang boleh menarik minat si bulus. Ada sesetengah kucing walaupun usianya semakin meningkat tetapi mereka masih suka bermain tetapi hanya bermain dengan main kegemarannya sahaja. Kekalkan minat dan jangan putus asa untuk melihat si bulus berlari. Rajinkan diri untuk melayan kerenah dan bermain bersama. Yang penting, jangan paksa si bulus anda untuk bermain, berikan mereka masa dan ruang. Kalau bermain pun si bulus ni mampu bergolek-golek je sis!

Berehat Dan Bersantai

Si bulus lebih sukakan keselesaan, kehangatan dan posisi memerhati yang luas. Mereka lebih suka duduk di kawasan yang sukar dicari tapi mudah melihat keadaan sekeliling. Si bulus tidak lagi aktif dan tidak suka bermain di luar rumah. Jadi, jangan risau kucing seperti ini bukan sakit atau tidak sihat ia cuma perubahan semula jadi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!