Kenapa Kucing Kerap Lapar? 5 Sebab Pemilik Perlu Tahu );

Type to search

Kenapa Kucing Kerap Lapar? 5 Sebab Pemilik Perlu Tahu

Haimeow Kesihatan

Kenapa Kucing Kerap Lapar? 5 Sebab Pemilik Perlu Tahu

Avatar
Share

Adakah kucing anda sentiasa lapar? Hinggakan selongkar tong sampah untuk mencari sisa makanan anda. Walaupun anda sudah memberi makanan yang banyak kepada mereka, masih lagi tidak kenyang dan dan tidak cukup bagi mereka.

Ada sesetengah kucing, walaupun makan dengan banyak sekali tetapi masih mengalami penurunan berat badan. Ada juga yang kuat makan dan berat badan boleh naik hingga tahap obesiti

Pernahkah anda terfikir, mengapa sebenarnya kucing anda sentiasa lapar. Sebagai penjaga kucing, pastinya ada inginkan yang terbaik untuk kucing anda. Kadang kala, ada penjaga kucing yang risau jika kucing mereka hilang selera makan. Itu petanda bahawa anda perlu membawa kucing ke klinik. Tetapi kucing yang terlalu kerap makan juga kadang kala tidak baik untuk kesihatan mereka.

Kucing

Jom lihat 5 sebab mengapa kucing anda sering lapar

1.Cacing Gelang Di Dalam Perut Kucing

Cacing Gelang boleh menyebabkan kucing anda akan sentiasa lapar,ini kerana cacing gelang akan mengambil semua nutrisi dari makanan yang dimakan oleh kucing anda.Kadang kala, kucing anda akan kelihatan sangat gemuk kerana cacing gelang membuat badanya bengkak. Sebenarnya cacing ini boleh berjangkit kepada manusia jadi jika kucing anda mempunya cacing gelang di dalam badan,segeralah bawa kepada doktor untuk mendapat rawatan.

2. Hipertiroidisme Dan Diabetes

Kedua-dua penyakit ini menyebabkan peningkatan selera makan.Hipertiroidisme berlaku kerana metabolisme kucing anda membakar terlalu banyak kalori dan diabetes kerana badan kucing anda tidak dapat menukar gula menjadi tenaga dan pemakanan bahkan tidak masuk ke dalam tubuhnya. Sekiranya kucing anda selalu lapar, makan secara berterusan berat badan semakin kurang terutamanya jika dia juga minum banyak air, bawa dia ke doktor haiwan secepat mungkin.

3.Kucing anda bosan dan kesunyian

Sama seperti manusia, kucing akan hilangkan kebosananya dengan makan. Apakah yang patut anda buat jika kucing sunyi ? Anda perlu selalu meluangkan masa bersama mereka dengan bermain. Belikan mereka mainan kucing seperti tongkat bulu atau bola loceng supaya mereka menjadi lebih aktiv. Dalam masa yang sama ia membantu untuk membakar kalori berlebihan di dalam badan kucing

4. Kucing Anda Tertekan

Jawapan yang sesuai untuk soalan “mengapa kucing anda sering lapar” ialah mereka tertekan. Jika kita sebagai manusia juga ada yang akan makan dengan banyak jika tertekan bukan? Sama seperti kucing. Apakah penyebab kucing anda akan tertekan? Antaranya ialah ada ahli keluarga baru atau kucing baru di dalam rumah anda. Selain itu anda kurang memberi kasih sayang kepada kucing memyebabkan mereka tertekan kerana kucing sangat sukakan belaian dan kasih sayang dari manusia. Jadi apakah perlu anda buat? Kerap bermain dan membelai kucing setiap hari. Bagi mereka rasa disayangi.

5. Makanan Kucing Tidak Bernutrisi

Dalam situasi manusia, jika anda memakan makanan segera, pastinya anda akan cepat berasa lapar kemudian. Jika kucing pula, makanan kucing yang tidak bernutrisi dan tiada kualiti akan membuatkan mereka cepat lapar.Makanan yang begitu tidak dapat memenuhi nafsu makan mereka.Jadi lebih baik anda menukar makanan yang lebih berkualiti dan bernutrisi.Jangan lupa!Elakkan makanan bewarna.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!