4 Sebab Kenapa Kucing Suka Makan Ikan Sedap Ke );

Type to search

Haimeow Kesihatan

4 Sebab Kenapa Kucing Suka Makan Ikan

Avatar
Share

Kalau kita perhatikan, ramai orang bagi kucing makan ikan. Kenapa ikan? Terutama ikan rebus, kucing selalu tunggu menu istimewa ni. Kita sebagai manusia pun tahu makanan kegemaran kucing adalah ikan.

Kalau anda nak tahu, kucing adalah haiwan karnivor yang makan semua jenis daging, termasuk daging ikan! Tapi kucing makan ikan setiap hari pun tak elok, anda boleh bagi si bulus makan ikan lebih kurang dua hingga tiga kali seminggu untuk tukar seleranya. Inilah antara sebab kenapa kucing suka sangat makan ikan.

Pengetahuan Manusia

Sebenarnya tiada siapa pun yang cakap kucing suka makan ikan tetapi sudah menjadi kebiasaan kita akan bagi kucing makan ikan. Jadi, ikan sebenarnya bukanlah makanan kegemaran kucing tapi khasiat ikan bagus untuk kucing. Bolehlah bagi si bulus anda akan ikan macam biasa.

Kandungan Zat

Ikan mempunyai khasiat tersendiri seperti taurine. Taurine adalah asid sulfonik yang terdapat dalam tisu haiwan dan sangat penting kepada kucing. Ikan adalah salah satu haiwan yang menghasilkan banyak taurine, sebab itu kucing memerlukan ikan untuk mendapatkan zat tersebut. Keperluan taurine kepada kucing adalah untuk membantu pencernaan, penglihatan dan kesihatan jantung.

Menjadi Kebiasaan

Kucing sudah terbiasa makan ikan, lagi-lagi kucing jalanan. Mereka akan mendapat makanan daripada ihsan orang. Di pasar, di kedai makan atau di rumah orang. Tapi ikan atau daging mentah tidak elok untuk perut kucing. Seeloknya masak duhulu sebelum bagi makan kepada kucing.

Mudah Untuk Disediakan

Manusia juga makan ikan, jadi boleh dikatakan ikan akan sentiasa ada di dalam peti ais rumah. Disebabkan kita pun makan ikan, kalau dan masak tu, rebuslah sekali ikan untuk kucing. Selera sikit si bulus tu nak makan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!