Kentut Si Bulus Pun Busuk Penting Pantau Gaya Pemakanannya );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

Kentut Si Bulus Pun Busuk! Penting Pantau Gaya Pemakanannya

Ain Huda
Share

Kentut ni bukan manusia je tau, kucing pun akan mengeluarkan gas dari perut yang bezanya tidak berbunyi tapi busuk tetap busuk ya!

Gas yang dikeluarkan oleh kucing juga mempengaruhi kesihatan dan gangguan perut yang disebabkan oleh gaya pemakanan. Jadi, jangan bagi si bulus anda makan sebebasnya, pantau dan jaga diet seharian.

Punca

Seperti manusia juga, si bulus kentut kerana kegagalan sistem penghadaman dan makan makanan yang tidak sesuai dengan perut.

Bakteria dalam perut seperti flora, kulat atau parasit akan bertindak balas dengan makanan yang dimakan dan mengeluarkan gas dengan baunya sekali.

Contoh makanan yang tidak sesuai atau tidak hadam dengan perut si bulus seperti nasi, jagung, gandum, makanan yang mempunyai rempah dan kacang.

Kentut Busuk

Makanan yang diambil terlalu banyak lemak yang mengganggu sistem pencernaan si bulus menyebabkan mereka sakit perut dan kentut.

Selain itu, kucing memerlukan makanan berprotein tinggi dan semasa menghadamkan makanan, gas dalam perutnya terhasil dan bercampur dengan sulfur. Sulfur mengeluarkan bau yang kuat kerana tindak balas bakteria dalam perut si bulus.

Cara Kurangkan Si Bulus Kentut

Jika kucing anda kentut dan tiada kesan sampingan lain bermakna perut kucing tiada masalah. Jika kentutnya menunjukkan kesan seperti muntah, tidak selera makan dan cirit-birit, segera dapatkan rawatan selanjutnya.

Untuk elakkan si bulus kentut, kurangkan hidangan berasaskan bijirin kerana sukar dihadam. Anda boleh tambah yoghurt dalam diet si bulus untuk membantu sistem penghadaman dan bakteria baik dalam perut.

Berikan si bulus anda makan dengan kuantiti yang sedikit tapi sekerap mungkin sekurang-kurangnya dua jam sekali untuk memudahkan proses pencernaan.

Jangan biarkan si bulus makan secara gelojoh dan cepat kerana makanan tidak sempat hadam. Ini adalah punca utama si bulus kentut ya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!