Minum Air Terlalu Banyak, Tanda Si Bulus Sedang Sakit );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kerap Minum Air Tanda Si Bulus Sedang Sakit

Share

Kucing yang mempunyai berat empat ke lima kilogram (kg) memerlukan lebih kurang secawan air atau 240ml. Jumlah pengambilan air akan berubah mengikut cara pemakanan, suhu dan bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

Jika anda memberi si bulus makanan kering, sediakan air yang tidak berklorin. Kucing memerlukan air yang cukup jika hidangan utama adalah makanan kering.

Jangan risau jika si bulus minum air kuantiti yang banyak jika anda tahu diet sehariannya tetapi jika si bulus minum air secara berlebihan daripada biasa segera bawa ke klinik veterinar.

Kucing yang kerap minum air dikenali sebagai polydipsia. Penyakit ini menyebabkan kucing kerap haus dan tidak cukup kandungan air.

Ia akan mengakibatkan polyuria iaitu pengumpulan dan pembuangan air kecil dengan kerap.

Kucing yang minum air secara berlebihan berkemungkinan mempunyai masalah dalaman atau diserang penyakit.

Antara risiko penyakit disebabkan kucing kerap minum air adalah; 

  • Kencing manis
  • Penyakit hati
  • Kelenjar tiroid
  • Sakit buah pinggang
  • Kandungan kalsium tinggi dalam darah

Pastikan si bulus anda sihat dan perhatikan aktiviti seharian mereka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!