Ketahui Sebab Kenapa Kucing Anda Masih Kurus Walaupun Kerap Makan Verst Haimeow );

Type to search

Ketahui Sebab Kenapa Kucing Anda Masih Kurus Walaupun Kerap Makan

Haimeow Kesihatan

Ketahui Sebab Kenapa Kucing Anda Masih Kurus Walaupun Kerap Makan

Share

Kebanyakkan pemilik kucing pasti akan merasa pelik kerana kucing mereka kerap kali makan tetapi badannya masih saja kurus dan tidak membesar. Terdapat beberapa faktor terjadinya perkara ini dan ia berkait rapat dengan masalah kesihatan kucing tersebut.

Dari segi kesihatan, sebab kenapa mereka tidak naik berat badan adalah disebabkan penyakit seperti diabetes, hipertiroidisem dan radang usus dimana ia menggangu penyerapan makanan setiap kali mereka makan. Faktor inilah yang menyebabkan mereka makan dengan sangat rakus seperti tiada hari esok tetapi berat badan masih sama. Manakala dari segi psikologinya pula, adalah kerana mereka mengalami kebosanan dan ia membuatkan mereka sangat lapar.

brown tabby cat on brown floor

Sebab kenapa merek sering lapar sepanjang waktu adalah kerana masalah penyakit polifagia iaitu masalah kelaparan berlebihan.

Apa itu polifagia:

Ia merupakan istilah perubatan yang membawa maksud kelaparan yang berlebihan. Ia bukan sahaja tertakluk kepada haiwan, tetapi juga kepada manusia dan ia amat normal. Namun terdapat kondisi yang lebih buruk atau kelaparan yang sangat lapar dan ia dikenali sebagai hiperfagia.

Terdapat beberapa cara untuk mengetahuinya gejala ini berlaku pada kucing anda antaranya ialah;

1. Mereka akan sering meminta makanan pada anda pada setiap masa,
2. Makan secara rakus, agresif dan sangat cepat tanpa tinggal apa-apa sisa pun,
3. Sentiasa dahaga,
4. Perubahan berat badan yang amat ketara.

Cara untuk perbaiki dan ubati masalah ini adalah:

1. Ubah Menu Makan

Pastikan makanan mereka kali ini lebih menarik dan mempunyai zat makanan yang mencukupi. Perhatikan label-label makanan ketika membelinya dan dapatkan nasihat pakar haiwan untuk ketahui lebih lanjut. Makanan yang cukup zatnya dapat membantu kucing-kucing anda lebih kenyang dan bertenaga.

brown tabby cat eating beside wall

2. Air Bersih

Sediakan bekalan air yang bersih untuk mereka hilangkan dahaga. Air yang kotor antara sebab kenapa mereka sering mudah mendapat penyakit dan dengan air yang bersih mereka akan kekal hidrasi.

cat drinking water from bowl

3. Khidmat Doktor

Dapatkan nasihat dari doktor veterinar bagaimana diet yang sesuai dan apa yang perlu dilakukan pada kucing anda. Jangan biarkan sahaja mereka kurus dan makan dengan banyak takut terjadi masalah yang lebih parah.

Sumber: Kucing.9

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!