Ketahui Sebab Kenapa Kucing Kesayangan Anda Berperut Buncit Tetapi Kurus );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Ketahui Sebab Kenapa Kucing Kesayangan Anda Berperut Buncit Tetapi Kurus

Avatar
Share

Mesti semua pemilik kucing perasan bahawa kucing kesayangan mereka tau kucing di kawasan perumahan mereka kurus tetapi perut mereka buncit. Ini bukanlah perkara normal tetapi mungkin menghidapai penyakit atau masalah lain.

Ianya berlaku kerana terdapat pembengkakan yang disebabkan oleh pengumuplan cecair yang disebut sebagai edema. Edema ini terletak di kawasan dalam perut atau di kawasan abdomen yang lebih dikenali sebagai ascites.

Antara punca berlakunya ascites ini disebabkan beberapa faktor:

1. Kerosakan Organ Dalaman

Jika kucing kesayangan anda mengalami kerosakan organ dalaman mereka seperti buah pinggang, pundi kencing dan juga bahagian hati. Organ ini amat penting kerana ia bertanggungjawab untuk membuang dan menapis segala kotoran dan bahan toksin di dalam badan kucing.

Kucing Kurus Tapi Buncit? Ketahui Punca-Puncanya – The Mamamiaow(Kredit: Themamamiaow)

Jika bahagian tersebut rosak, maka toksin yang sepatutnya ditapis akan terlepas ke dalam badan kucing anda dan merosakkan abdomen dan kaviti abdominal yang menyebabkan perut kucing anda membuncit secara tidak alami.

2. Cacing Dalam Badan

Cacing dalam perut kucing anda merupakan faktor yang menyebabkan mereka berperut buncit tetapi kurus walaupun makan sangat kerap dan kuantiti yang banyak.

Perut mereka akan membengkak dan besar seperti mereka sangat kenyang dan jika dilihat dari bawah seolah mereka sedang bunting. Cacing Gelang merupakan cacing yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Jika dibiarkan cacing itu bertelur dan membiak, kucing anda akan mengalami gangguan pencernaan dan mereka akan kerap muntah dan diare. Ia juga boleh menyebabkan kematian fatal jika tidak diubat dengan segera. Dapatkan ubat cacing yang sesuai mengikut nasihat pakar haiwan anda.

3. Trauma Fizikal

Jika kucing anda atau kucing di kawasan rumah anda pernah didera, megalami kemalangan dan sebarang kecederaan fizikal ia boleh menyebabkan organ dalaman mereka mengalami trauma fizikal.

Anak Kucing, Penyakit, Kehidupan

Pendarahan yang serius mungkin berlaku dan terdapat kebocoran pada bahagian abdomen mereka. Cecair yang tersebar itu akan berkumpul di bahagian kaviti abdomal dan menyebabkan perut kucing anda membengkak dan membuat mereka tidak selesa.

Jika anda melihat kucing anda sentiasa muntah dan tidak sihat segera dapatkan rawatan dari doktor haiwan. Anda perlu bertindak pantas bagi mengetahui punca perut mereka membuncit dan semakin kurus, jadi doktor dapat membantu anda dengan lebih teliti.

Sumber: Themamamiaow

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!