Kucing Anda Bertindak Agresif Secara Tiba-Tiba? Ketahui 4 Sebab Mengapa Ianya Terjadi );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Bertindak Agresif Secara Tiba-Tiba? Ketahui 4 Sebab Mengapa Ianya Terjadi

Share
agresif

Pernahkah anda mengalami situasi di mana kucing peliharaan anda bertindak agresif secara tiba-tiba?

Si meow sangat terkenal dengan wajah dan tingkah laku yang comel serta sering menjadi peneman setia pada si pemilik namun, adakalanya tingkah laku mereka boleh berubah sekelip mata tanpa diketahui sebab dan puncanya.

Berikut merupakan 4 perkara yang menjadi punca mengapa kucing anda boleh bertukar agresif.

 

Kesakitan

agresif

Kucing yang kesakitan akan bertindak balas kasar terhadap sesiapa sahaja di sekelilingnya. Kebiasaannya, si meow akan mengeluarkan bunyi hisss ataupun desahan yang kuat jika bahagian yang cedera disentuh.

Sakit yang dialami bukan sahaja berlaku pada bahagian luaran, malah kesihatan dalaman juga boleh mengakibatkan si meow merasa kurang selesa dan bertindak agresif.

 

Ketakutan

agresif

Sama seperti kita, kucing juga boleh mengalami ketakutan secara tiba-tiba.

Ianya boleh dikesan melalui bahasa tubuh si meow sebagai contoh, ekor akan mula mengembang manakala bola hitam mata si meow pula akan kelihatan semakin membesar.

Antara punca yang boleh menyebabkan si meow ketakutan adalah kemunculan kucing asing yang ditakuti ataupun haiwan pemangsa yang berbisa seperti ular dan kala jengking.

 

 Mengalami Tekanan

agresif

Stress ataupun tekanan juga merupakan salah satu punca mengapa si meow bertindak agresif.

Ruang tempat tidur si meow sangat memainkan peranan dalam hal ini kerana kucing akan mudah mengalami stress sekiranya tempat tidur mereka kotor dan sempit.

agresif

Siapa je yang suka tidur di tempat yang kotor kan? Kalau kita sebagai manusia pun sebolehnya mahukan tempat tidur yang selesa, inikan pula si meow.

Kebersihan tempat tidur dan tandas kucing perlulah sentiasa dijaga dan sangkar mereka perlulah dibersihkan seurang-kurangnya  dua kali seminggu.

 

Masalah Hormon

agresif

Kucing yang tidak dimandulkan adalah sangat-sangat berpotensi untuk bertindak agresif lebih-lebih lagi apabila tibanya musim mengawan.

Kucing jantan yang sedang ‘on heat’ akan cenderung untuk mencari pasangan yang diinginkan dan sebarang gangguan dari kucing jantan lain akan diakhiri dengan pergaduhan besar.

Oleh itu, seeloknya mandulkan kucing anda sebaik sahaja umur mereka mula meningkat dewasa.

Nescaya, kesihatan mereka akan lebih terjamin dan jangka hayat juga akan bertambah.

agresif

Jika sebelum ini anda sering mengabaikan tindakan agresif si meow, ianya adalah sangat merbahaya bukan sahaja pada si kucing, malah anda juga mungkin boleh diserang bila-bila masa sahaja.

Kalau nampak kucing anda bertindak agresif, sebaiknya jauhkan diri anda buat sementara waktu kerana si meow mungkin boleh bertindak di luar kawalan.

 

Sumber: kompas

 

Baca: Kucing Jelir Lidah Macam Anjing? Ketahu 5 Sebab Mengapa Ianya Terjadi
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!