Kucing Masih Berbau Busuk Walaupun Dah Dimandikan? Ketahui Punca Mengapa Ianya Terjadi );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Masih Berbau Busuk Walaupun Dah Dimandikan? Ketahui Punca Mengapa Ianya Terjadi

Share
mandi

Sudah menjadi kebiasaan bagi seekor kucing untuk menjilat seluruh badan mereka selepas makan dan ianya dianggap sebagai satu proses pembersihan bagi si meow.

Namun begitu, sesetengah kucing masih boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak dan boleh dikatakan busuk sehingga memaksa si pemilik memandikan mereka dengan lebih kerap.

Pernahkah anda terfikir mengapa ianya terjadi? Kalau betul tak mandi pun takkan la busuk sangat kan?

Berikut merupakan faktor mengapa ianya terjadi:

 

Jangkitan Penyakit

mandi

Penyakit berjangkit boleh menyebabkan si meow berbau busuk dan salah satunya adalah jangkitan di telinga.

Sering dianggap remeh oleh sesetengah pemilik kucing, ianya boleh menjadi satu punca masalah yang sangat besar bagi si meow kerana kekotoran yang melampau boleh mengakibatkan telinga si meow berasa sakit dan seterusnya bernanah dan berbau.

mandi

Selain itu, sekiranya bau busuk kucing berasal daripada mulut, ia mungkin disebabkan oleh adanya jangkitan pada gigi ataupun masalah pencernaan yang lebih serius.

Apabila menjilat, si meow secara tidak langsung akan menyebarkan bau busuk berkenaan ke seluruh badan dan sekaligus menghasilkan bau yang kurang enak.

 

Pencernaan

mandi

Diet yang tidak mencukupi menyebabkan kucing mengeluarkan gas berbau busuk dan ianya berlaku apabila mereka diberi makanan dengan kandungan bijian yang terlampau tinggi.

Akibat daripada itu, perut kucing tidak boleh mencerna makanan dengan betul dan berpotensi untuk mengalami masalah kembung perut.

Kegagalan perut si meow untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan mereka mengalami parasit usus dan senak perut yang akan menghasilkan bauan busuk dari dalam badan mereka.

 

Jangkitan Kulit

mandi

Jangkitan kulit boleh menyebabkan kucing mengalami bau busuk secara keseluruhan di badan dan si meow berkemungkinan mengalami masalah lapisan kulit yang nipis dan mudah terluka.

Lapisan berminyak dan bau busuk di tangan akan dirasai oleh si pemilik kucing sebaik sahaja mereka membelai kucing yang mengalami masalah jangkitan kulit.

Luka yang tersembunyi juga boleh menyebabkan si meow menghasilkan bau badan yang busuk akibat daripada pembentukan nanah dan darah kotor yang terhasil.

Sekiranya si meow berbau busuk dan anda tidak dapat menemukan dari mana datangnya bauan itu, segera periksa di sekeliling badan mereka jika terdapat luka ataupun nanah yang terhasil.

mandi

Kucing berbau busuk sebab tak mandi? Tak semestinya… perkara-perkara di atas merupakan antara yang perlu diberi perhatian oleh si pemilik kucing kerana bau busuk berkenaan boleh datang daripada pelbagai punca.

Kalau dimandikan dengan kerap tapi masih busuk pun tak berbaloi juga kan? Sebaiknya periksa dengan doktor vet berhampiran untuk kepastian lebih.

 

[Sumber: point.pet]

 

Baca: Keju Diperbuat Daripada Keju, Namun Adakah Ianya Selamat Dimakan Kucing

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!