Kucing Kerap Garu Telinga? Ketahui Penyakit ‘Ear Mite’ Yang Sering Menyerang Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Kerap Garu Telinga? Ketahui Penyakit ‘Ear Mite’ Yang Sering Menyerang Si Meow

Share
ear

Pernahkah anda melihat si meow menggaru telinga mereka dengan kerap? Ianya mungkin dianggap sebagai satu perkara normal namun ketahuilah bahawa si meow sebenarnya sedang mengalami masalah tungau telinga yang serius.

Penyakit ‘Ear Mite’ atau penyakit kutu telinga adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit. Parasit ini sering menjangkiti haiwan seperti kucing dan sangat cepat membiak serta mudah berjangkit pada haiwan lain. 

Lebih teruk, kucing akan mengalami masalah kudis dan luka akibat kerap menggaru dan ini boleh menyebabkan komplikasi lain yang lebih teruk.

ear

Tanda-tanda penyakit ‘Ear Mite’:

Kita boleh kenal pasti penyakit ‘Ear Mite’ dengan melihat kombinasi simtom seperti berikut:

  1. Dalam telinga ada kotoran berminyak berwarna coklat tua ataupun kehitaman.
  2. Kerap menggeleng kepala.
  3. Kerap menggaru kepala, dagu, telinga, bawah telinga atau muka sehingga luka. 
  4. Kadang-kadang, kepala kucing senget semasa berjalan atau duduk.
  5. Telinga sedikit merah dan jatuh masa duduk atau berjalan kerana menahan gatal.
  6. Telinga berair dan berbau busuk.
  7. Kucing murung dan keletihan. 

ear

‘Ear Mite’ mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dan kucing sangat mudah dijangkiti kerana gaya hidupnya yang gemar berkawan secara berkelompok. Jika seekor dapat penyakit, maka kawannya juga berkemungkinan besar akan turut dijangkiti penyakit ini.

Sekiranya si meow anda mengalami ciri-ciri tanda penyakit seperti di atas, segera dapatkan rawatan lanjut bersama pakar vet berhampiran anda.

 

[Sumber: psherbs]

 

Baca Juga: Cara Bersihkan Ear Mite (Tungau Telinga)

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!