Bagaimana Kucing Jatuh Dari Tempat Tinggi Dan Masih Selamat );

Type to search

Cerita Haimeow Kesihatan

Bagaimana Kucing Jatuh Dari Tempat Tinggi Dan Masih Selamat?

Ain Huda
Share

Kucing kalau jatuh dari tempat tinggi atau bertingkat jarang mengalami kecerderaan melainkan tempat tersebut terlalu tinggi dan terkena hentakan yang kuat.

Bukan kerana si bulus ini mempunyai sembilan nyawa yang menyelamatkan dari mati. Tetapi ada fakta lain yang menjelaskan mengapa keadaan ini berlaku.

Punca sebenar si bulus dapat mendarat dengan baik dan kaki pun tak sakit disebabkan si bulus mempunyai koordinasi keseimbangan yang tinggi. Bukan sahaja ekornya yang membantu untuk seimbangkan badan tetapi pergerakan yang pantas juga mengelakkan mereka cedera parah.

Kalau kucing jatuh dalam keadaan terbalik, kucing mampu memusingkan badannya dengan cepat dan bersedia untuk mendarat. Untuk mengelakkan kakinya terhentak dan patah, kucing akan meregangkan dan membengkokkan kakinya supaya momentum jatuh kurang dan tidak mencederakan kaki.

Pernah dicatatkan ketinggi tertinggi kucing jatuh setinggi 46 tingkat dan melantun atas kanopi. Kucing tersebut masih selamat.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!