Kucing Jelir Lidah Macam Anjing? Ketahui 5 Punca Mengapa Ianya Terjadi );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Jelir Lidah Macam Anjing? Ketahui 5 Punca Mengapa Ianya Terjadi

Share
lidah

Seperti yang kita ketahui, seekor anjing sangat sinonim dengan perwatakan yang sering menjelirkan lidahnya kerana mereka memang sudah diciptakan sebegitu rupa.

Namun pernahkah anda melihat kejadian yang sama berlaku pada seekor kucing?

Tanpa disedari, kucing juga mempunyai masa-masa tertentu yang akan menyebabkan mereka menjelirkan lidah mereka sama seperti seekor anjing.

Berikut merupakan 5 punca mengapa si meow berperlakuan sedemikian.

 

Sisa Makanan atau Bulu Tersekat Di Mulut

lidah

Seekor kucing kebiasaannya akan menjilat dan membersihkan tubuh mereka selepas makan dan segala perlakuan itu dilakukan dengan menggunakan mulut mereka.

Hal ini akan menyebabkan sisa makanan dan bulu terkumpul di dalam mulut mereka dan membuatkan si meow merasa kurang selesa.

Oleh itu, bagi mengembalikan keselesaan pada mulut, kucing akan mengeluarkan lidah mereka buat seketika untuk melepaskan objek yang terkumpul.

 

Menghidap Penyakit Mulut ataupun Gusi

lidah

Seekor kucing yang menjelirkan lidahnya berkemungkinan menghidap penyakit gusi.

Ianya akan lebih jelas kelihatan apabila si meow mengeluarkan banyak air liur dan menjelirkan lidahnya dalam tempoh yang agak lama.

Jika perkara ini terjadi pada kucing anda, penulis nasihatkan untuk bawa ke klinik secepat mungkin.

 

Kurang Air dan Suhu Badan Yang Tinggi

lidah

Secara normalnya, seekor kucing tidak boleh mempunyai suhu badan di luar paras normal antara 38.5 sehingga 39 darjah celsius.

Ini adalah kerana, kucing akan mudah terkena strok haba jika terlalu lama berada di dalam suhu panas, dan lebih teruk jika mereka kurang minum air.

Untuk mengatasi masalah ini, pindahkan kucing ke kawasan yang terlindung dan berikan mereka minuman secukupnya.

 

Kecederaan ataupun Luka Di Bahagian Dalam Mulut

lidah

Jika kucing anda merupakan seekor baka yang liar dan sering bergaduh, pastikan bahawa tiada sebarang luka di bahagian mulut mereka.

Selain daripada kuku yang tajam, kesan gigitan juga merupakan antara senjata utama yang menjadi perlindungan buat si meow.

Maka, sebarang luka di bahagian mulut akan menyebabkan kucing merasa sakit dan mengakibatkan lidah mereka terjelir.

lidah

Sekiranya si meow anda kerap menjelirkan lidah mereka, sila lakukan langkah-langkah pemeriksaan seperti di atas.

 Jangan ingat ianya satu perkara yang biasa ye!

 

Sumber: idntimes

 

Baca: 5 Cara Untuk ‘Kahwinkan’ So Comel Anda
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!