Kucing Anda Kerap Kentut? Ketahui 4 Langkah Atasi Masalah Ini

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Kerap Kentut? Ketahui 4 Langkah Atasi Masalah Ini

Share
kentut

Membuang angin atau lebih dikenali sebagai kentut merupakan suatu perkara normal bagi manusia, namun jika ianya terjadi pada seekor haiwan kucing bagaimana pula?

Pemilik kucing pasti pernah merasai pengalaman dikentutkan kucing peliharaan kan? Sedar ataupun tidak, tanpa kita sedari si meow juga boleh kentut sama seperti manusia.

Cuma yang membezakannya adalah kentut si meow tidak menghasilkan sebarang bunyi tetapi baunya boleh dikatakan cukup menyengat!

Kenapa kentut berbau busuk?

Sekiranya sistem penghadaman kucing gagal berfungsi dengan baik, maka bakteria dan kulat akan mula bertindak balas pada perut dan menghasilkan gas berbau.

Kalau dah namanya kentut mestilah bau busuk kan?

kentut

Kandungan protein kaya dengan sulfur dan boleh menghasilkan bau busuk yang sangat kuat selepas bertindak balas dengan bakteria di dalam usus.

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah kucing anda daripada kentut.

 

Kurangkan Makanan Bijirin

kentut

Makanan bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan sebagainya perlu dikurangkan kerana kucing tidak berupaya untuk menghadam makanan jenis ini.

Mungkin menjadi kebiasaan untuk kita beri si meow makan nasi tetapi sebenarnya, jika kita terlalu kerap memberi, ia akan mengganggu sistem penghadaman mereka.

Perlu diingat, kucing merupakan sejenis haiwan karnivor, jadi jumlah nasi perlulah kurang daripada kandungan protein yang diberi.

 

Elakkan Makan Dengan Gelojoh

kentut

Kucing yang terlalu lapar akan makan dengan gelojoh dan rakus sehingga boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik.

Situasi ini akan mengakibatkan perut si meow kembung dan dipenuhi dengan pepejal makanan yang tidak hadam seterusnya menyukarkan mereka untuk membuang.

Apa yang penting adalah, pemilik kucing perlu mengetahui jenis makanan yang diperlukan dalam setiap hidangan supaya mereka tidak kelaparan semasa menunggu hidangan.

 

Beri Kucing Makan Kerap (2 Jam Sekali)

kentut

Mesti ramai yang tertanya-tanya akan kuantiti makanan yang diperlukan seekor kucing kan?

Selain daripada memberi makan mengikut jadual, anda juga boleh mengamalkan cara pemakanan yang kerap buat si meow anda.

Sebagai contoh, selang 2 jam, tambahkan makanan mereka sedikit demi sedikit hingga mereka benar-benar kenyang dan tidur.

Ianya bertujuan bagi membentuk nafsu makan dan mengawal pemakanan mereka. Selain daripada melancarkan proses penghadaman, usus perut mereka juga akan lebih sihat dan mudah untuk menerima makanan dalam kuantiti yang banyak sekiranya diberi makan kerap mengikut jam.

 

Berikan Yogurt Pada Kucing

kentut

Minuman yogurt merupakan sumber probiotik yang baik, terutamanya dalam membantu kucing yang dijangkiti penyakit demam dan selesema. Probiotik dalam yogurt mereplikasikan saluran usus dengan bakteria yang baik untuk menangkis jangkitan.

Walaubagaimanapun, jika anda berhasrat untuk beri yogurt pada kucing anda, penulis nasihatkan anda untuk berikannya secara berjadual.

Jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengganggu sistem pencernaan terutamanya di bahagian perut.

Mungkin perkara ini dianggap remeh dan lucu, tetapi hakikatnya ia sangatlah penting bagi memastikan tahap kesihatan si meow di rumah.

Cuba check kucing anda, kalau ada bau-bauan yang busuk seperti kentut, maka segera lah dapatkan rawatan pakar.

 

Sumber: rover.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!