Kucing Pun Boleh Kentut? Ketahui Mengapa Ianya Terjadi & 4 Langkah Atasi Masalah Ini );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Pun Boleh Kentut? Ketahui Mengapa Ianya Terjadi & 4 Langkah Atasi Masalah Ini

Share
kentut

Membuang angin atau bahasa pasarnya ‘kentut’ merupakan perkara normal bagi manusia, namun pernahkah anda terfikir bahawa kucing pun boleh kentut?

Sebagai pemilik kucing, anda pasti pernah merasai pengalaman dikentutkan si bulus kesayangan kan? Ianya mungkin terjadi tanpa disengajakan namun tanpa kita sedari si meow juga boleh kentut sama seperti manusia.

Apa yang membezakan antara manusia dan kucing adalah, kentut si meow tidak menghasilkan sebarang bunyi tetapi jangan terkejut tau kerana bau yang ditinggalkan boleh tahan menyengat!

Kenapa kentut berbau busuk?

Sekiranya sistem penghadaman kucing gagal berfungsi dengan baik, maka bakteria dan kulat akan mula bertindak balas pada perut dan menghasilkan gas berbau.

Kalau dah namanya kentut mestilah bau busuk kan?

kentut

Kandungan protein kaya dengan sulfur dan boleh menghasilkan bau busuk yang sangat kuat selepas bertindak balas dengan bakteria di dalam usus.

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah kucing anda daripada kentut.

 

Kurangkan Makanan Bijirin

kentut

Makanan bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan sebagainya perlu dikurangkan kerana kucing tidak berupaya untuk menghadam makanan jenis ini.

Ianya mungkin menjadi satu kebiasaan buat pemilik kucing untuk beri si meow makan nasi namun jika terlampau kerap memberi, tanpa disedari ia sebenarnya telah mengganggu sistem penghadaman mereka.

Perlu diingat, kucing merupakan sejenis haiwan karnivor, jadi jumlah nasi perlulah kurang daripada kandungan protein yang diberi.

 

Elakkan Makan Dengan Gelojoh

kentut

Kucing yang terlalu lapar akan makan dengan gelojoh dan rakus sehingga boleh menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik.

Situasi ini akan mengakibatkan perut si meow kembung dan dipenuhi dengan pepejal makanan yang tidak hadam seterusnya akan menyukarkan mereka untuk membuang.

Apa yang penting, pemilik kucing perlulah mengetahui jenis makanan yang diperlukan dalam setiap hidangan supaya mereka tidak cepat lapar dan sentiasa meminta makan terlampau kerap.

 

Kerap Beri Makan

kentut

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapakah kuantiti makanan yang diperlukan oleh si meow dalam sehari kan? 

Selain daripada menyediakan jadual pemakanan harian, anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang kerap pada si bulus anda.

Sebagai contoh, selang 2 jam, tambahkan makanan si meow sedikit demi sedikit hingga mereka benar-benar kenyang dan tidur bagi membentuk nafsu makan dan mengawal pemakanan mereka.

Selain daripada melancarkan proses penghadaman, usus perut mereka juga akan menjadi lebih sihat dan mudah untuk menerima makanan dalam kuantiti yang banyak sekiranya diberi makan kerap mengikut jam.

 

Berikan Yogurt Pada Kucing

kentut

Minuman yogurt merupakan sumber probiotik yang baik, terutamanya dalam membantu kucing yang dijangkiti penyakit demam dan selesema. Probiotik dalam yogurt mereplikasikan saluran usus dengan bakteria yang baik bagi menangkis sebarang jangkitan.

Walaubagaimanapun, jika anda berhasrat untuk beri yogurt pada si meow, nasihat penulis agar berikannya secara berjadual.

Jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengganggu sistem pencernaan terutamanya di bahagian perut.

kentut

Mungkin perkara ini dianggap remeh dan lucu oleh sesetengah pihak, namun hakikatnya ia sangatlah penting bagi memastikan tahap kesihatan si meow sentiasa dalam keadaan yang baik.

Cuba periksa kucing anda, sekiranya si meow kerap terkentut dan menghasilkan bauan yang pelik, segera dapatkan rawatan pakar di vet berhampiran.

 

[Sumber: rover.com]

 

Baca Juga: Kucing Masih Berbau Busuk Walaupun Dah Dimandikan? Ketahui Punca Mengapa Ianya Terjadi

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!