Mengapa Kucing Suka Sangat Makan Rumput? Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Mengapa Kucing Suka Sangat Makan Rumput? Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Share
anda

Sebagai pemilik kucing, anda mesti pernah terlihat kucing peliharaan menghidu, mencium dan mengunyah rumput di halaman rumah kan.

Tabiat ini diakui oleh penulis sendiri yang pernah melihat kucing makan rumput sekitar kawasan rumah. Meskipun si comel ini bukan milik penulis, selera kucing yang sedang leka meragut rumput membuatkan diri terfikir akan kelebihannya.

Secara logiknya, rumput merupakan makanan ruji bagi kambing dan lembu. Tanpa diketahui, tumbuhan berkenaan juga merupakan antara makanan yang menjadi santapan si comel.

Berikut merupakan 5 faktor utama mengapa kucing gemar mengunyah rumput di belakang rumah anda;

 

Hairball

anda

Kebiasaannya seekor kucing akan menjilat bulu badannya selepas mereka makan ataupun setelah mandi dan ini menyebabkan gumpalan bulu ataupun hairball terhasil serta terkumpul dalam perut.

Sering lihat kucing anda muntahkan hairball mereka? Ianya ibarat memuntahkan seketul gumpalan berbulu.

Situasi di atas merupakan antara faktor mengapa si meow memakan rumput. Ia berfungsi dalam membantu melembut serta memudahkan mereka untuk membuang hairball.

Tanpa bantuan daripada nutrisi rumput berkenaan, kucing anda berkemungkinan besar untuk menghidap penyakit usus dan juga hilang selera makan.

 

Bantu Sistem Penghadaman

anda

Sistem penghadaman kucing seringkali terganggu akibat daripada sisa makanan yang tidak terhadam seperti tulang ikan, tulang ayam mahupun makanan lain.

Maklumlah, kucing selalunya akan makan sesuatu hidangan itu sehingga licin terutamanya tulang-tulang ikan dan ayam.

Maka dengan itu tumbuhan rumput akan membantu mereka memuntahkan semula bahagian tersebut.

Kandungan vitamin dan mineral seperti Folik Asid pada rumput dapat membantu pembentukan Haemoglobin, iaitu sejenis protein yang membawa oksigen di dalam saluran darah si meow.

 

Cacing Parasit

anda

Si meow juga memakan tumbuhan rumput kerana ingin menghapuskan cacing parasit yang wujud di dalam perut mereka.

Cacing parasit ini selalunya berwarna putih, ia hidup di saluran usus dan juga boleh merebak ke bahagian yang lain seperti paru-paru dan hati.

Masalah cacing parasit ini boleh dikesan melalui najis dan juga pada bahagian dubur haiwan peliharaan anda.

Hah… cuba anda perhatikan tahi kucing anda, ada tak nampak kelibat cacing parasit? Kalau ada cepat-cepatlah cari cat grass dan boleh tanam sahaja dalam rumah. 

 

Membina Sel-Sel Penting

anda

Rumput mengandungi sejenis asam folat yang terdapat pada susu ibu kucing. Ia berfungsi dalam membentuk sel penting seperti sel darah putih yang membantu merawat sebarang luka.

Selain itu, kucing juga sangat memerlukan vitamin essential yang membantu sistem pencernaan mereka.

Bagi membendung masalah cirit birit, kandungan vitamin berkenaan boleh didapati secara semula jadi melalui tumbuhan rumput.

Maka anda tidak perlu lagi ke kedai haiwan untuk mendapatkan suplemen tambahan. Jimat bukan?

Kebanyakan kucing makan rumput bukan kerana ianya lazat ataupun menarik. Akan tetapi, kandungan nutrien dan mineral baik yang terdapat di dalamnya yang menjadikan ia sebagai makanan tambahan si meow.

Sekiranya anda berasa sangsi dengan tahap kebersihan rumput di kawasan luar, anda boleh dapatkan sejenis tumbuhan pokok khas di klinik ataupun kedai haiwan.

Ianya sangat sesuai ditanam dalam pasu di rumah. Lebih kemas dan terjamin kebersihannya.

 

Sumber: hillspet.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!