Kucing Menggigil Tanda Kesejukan? 3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Tindak Balas Si Meow Pada Suhu Rendah );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Menggigil Tanda Kesejukan? 3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Tindak Balas Si Meow Pada Suhu Rendah

Share

Kucing merupakan sejenis haiwan berbulu yang sangat aktif dan liar tanpa mengira cuaca hujan ataupun panas.

Namun pernahkah anda terfikir sama ada si meow juga boleh merasa sejuk sama seperti kita ataupun tidak?

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu berkaitan dengan tahap kesejukan yang dialami si meow. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Bagaimana Kucing Bertindak Balas Terhadap Kesejukan

kesejukan

Tahap kesihatan kucing lebih terjejas dan mudah dijangkiti selesema ketika masih kecil sebelum mereka mencapai usia 7 ataupun 8 tahun.

Ianya sama seperti kita. Ketika bayi, suhu yang lebih rendah akan memberikan kesan terhadap kita. Ini terjadi apabila sistem kekebalan tubuh badan semasa kecil masih lagi belum kuat.

Bagi membantu si meow memperoleh sistem imun badan yang baik, pemakanan mereka perlulah terjaga.

 


Baca Juga: Si Meow Kerap Seret Punggung Pada Lantai Selepas Membuang? 3 Punca Mengapa Ianya Berlaku


Cara Kenal Pasti Kucing Kesejukan

kesejukan

Salah satu cara untuk mengenal pasti si meow yang kesejukan adalah ketika mereka mengalami sembelit manakala dari segi luaran pula adalah seperti berikut:

  • Menghasilkan lebih banyak lendir daripada biasa melalui hidung
  • Mempunyai mata merah dan / atau berair
  • Bersin lebih daripada biasa
  • Lemah badan dan tidak aktif

 

Kucing Mengalami Perubahan Warna

kesejukan

Sesetengah kucing seperti baka Siam, akan mengalami perubahan warna gelap pada muncung mulut, hujung telinga, hujung kaki dan hujung ekor manakala selebihnya berwarna lebih cerah.

Kawasan gelap merupakan bahagian paling sejuk dialami si meow. Enzim yang bertanggungjawab untuk pembentukan melanin iaitu pigmen gelap pada kulit dan rambut bergantung pada suhu.

Maka jangan pelik la kalau warna kucing anda tiba-tiba bertukar gelap daripada biasa, si meow tengah kesejukan la tu!

 

[Sumber: halcornpets]

 

Baca Juga: Kucing Buncit Tanda Hamil? Jangan Tertipu, Si Meow Mungkin Mengalami Kehamilan Palsu

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!