Kucing Perlu Dimandikan atau Tidak? Ketahui 4 Perkara Ini

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Perlu Dimandikan atau Tidak? Ketahui 4 Perkara Ini

Share

Pemilik kucing di luar sana pasti mahukan kucing peliharaan sentiasa bersih dan cantik kan? Untuk itu, kebanyakan daripada anda pasti akan memandikan mereka pada setiap bulan.

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita dilarang untuk memandikan mereka dengan terlampau kerap. Kekerapan kucing untuk dimandikan bergantung kepada beberapa faktor tertentu.

Contoh-contoh dibawah merupakan antara sebab mengapa kucing tidak sesuai dimandikan secara berkali-kali. 

Umur

tidak

Kucing yang baru dilahirkan seharusnya tidak dimandikan sehingga usianya mencecah ke empat bulan. Ini kerana, ibu kucing selalunya akan menjilat dan membersihkan kekotoran yang ada pada mereka.

Doktor haiwan berpendapat bahawa kucing yang bersaiz terlalu kecil tidak sesuai dimandikan kerana mempunyai imuniti ketahanan badan yang lemah dan akan menghilangkan bau yang ditinggalkan oleh ibu mereka.

Akibat daripada itu, anak kucing berkemungkinan besar akan dimakan atau dibunuh oleh ibu mereka sendiri.

Baka

tidak

Kekerapan kucing untuk dimandikan bergantung kepada jenis baka sama ada mereka berbulu tebal ataupun tidak. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu kucing longhair dan shorthair.

Bagi kucing jenis longhair seperti parsi, mainecoon, ragdoll dan munchkin bolehlah dimandikan sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Mempunyai bulu yang tebal dan panjang, berkemungkinan besar untuk mereka mengalami masalah kutu kepala sekiranya dimandikan selalu.

Manakala bagi kucing jenis shorthair seperti british shorthair, kucing siam, bengal dan sphinx adalah dilarang sama sekali untuk dimandikan kerana mudah untuk diserang penyakit seperti selesema.

Jika hendak membersih, lap sahaja dengan kain basah sudah memadai… jimat bil air di rumah. 

 Penyakit

tidak

Sekiranya si bulus anda mengalami sakit seperti alahan, gatal-gatal kulit dan bulu yang gugur, anda perlu segera menghentikan aktiviti mandi mereka kerana ia boleh memudaratkan lagi tahap kesihatan mereka.

Sebagai contoh, kucing yang mengalami masalah keguguran bulu akan menjadi semakin parah kerana bulu mereka akan berbelit serta membentuk satu gumpalan.

Ia seterusnya akan mengakibatkan si meow anda gatal-gatal, cepat rimas dan seterusnya luka di bahagian kulit.

Jika masih ingin dimandikan, penulis nasihatkan anda untuk dapatkan sabun mandi yang bersesuaianserta mengikut nasihat pakar.

Habitat Kucing

tidak

Bagi kucing yang dilepaskan di luar kawasan rumah, mereka mungkin akan terjebak dengan kekotoran di kawasan sekeliling, maka perlu untuk dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Kucing yang menghabiskan seluruh masanya di dalam rumah tanpa sebarang aktiviti di luar seeloknya tidak perlu dimandikan secara kerap kerana mereka terlindung daripada kekotoran, kuman dan bakteria. 

Seperti yang kita tahu, kucing takutkan air tetapi tidak bermakna mereka langsung tidak boleh dimandikan.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memandikan mereka. Jika dimandikan terlalu kerap, alamatnya binasalah kesihatan kucing kesayangan anda nanti!

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!