Kucing Pun Ada Diabetes? 5 Penyakit Berbahaya Pada Si Comel );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Pun Ada Diabetes? 5 Jenis Penyakit Berbahaya Pada Si Comel

Share
penyakit

Macam tak percaya kucing pon ada penyakit kan? Hah, jangan ingat manusia je boleh jatuh sakit, kucing yang comel dan aktif tu pon berpotensi besar untuk diserang pelbagai komplikasi serius!

Ramai beranggapan bahawa kucing yang sakit selalunya cepat sembuh sendiri ataupun tidaklah seteruk mana tapi hakikatnya penyakit-penyakit ini boleh mengakibatkan kematian. Ia boleh dikatakan familiar dengan si bulus anda.

Diabetes

Mesti ramai yang pelik kan bila dengar kucing ada kencing manis? Sebenarnya kucing pon boleh kena diabetes, karbohidrat yang berlebihan dan selera makan berkurangan antara petanda awal gejala ini.

Kucing yang malas bergerak selalunya akan lebih mudah terkena penyakit ini, so korang cuba tengok kucing masing-masing harini aktif ke tidak.

Rabies

Penyakit ini mudah berjangkit melalui gigitan dan akan mengakibatkan kucing demam lalu menjadi lesu. Kucing yang dijangkiti Rabies dapat dilihat apabila air liuh mereka meleleh di tahap yang tidak normal, bertindak agresif dan nafsu makan semakin bertambah.

penyakit

Parasit

Parasit terbahagi kepada 2 jenis iaitu parasite luaran dan dalaman bahagian usus. Parasit luaran seperti kutu dan tungau kerap terjadi pada kucing terutamanya di bahagian belakang telinga dan di bawah leher.

Parasit dalaman pula merupakan cacing pita ataupun parasite yang tumbuh di dalam usus perut kucing. Jika dibiarkan terlalu lama tanpa sebarang rawatan, mungkin boleh mengakibatkan kematian.

Virus Leukemia Feline

Sekiranya kucing dijangkiti virus ini, sistem imun badan mereka merupakan bahagian utama yang akan terganggu. Kajian mengatakan virus ini akan terjadi apabila makanan ataupun minuman kucing bersentuhan dengan air kencing mereka.

Antara gejala awal yang boleh dikesan adalah cirit birit, luka yang dalam pada kulit dan kesukaran untuk bernafas.

Penyakit Saluran Kencing

Untuk makluman, makanan kucing jenis kibbles yang berwarna warni itu sebenarnya kurang elok untuk si bulus anda. Kandungan garamnya yang terlalu tinggi secara tidak langsung membahayakan fungsi saluran kencing mereka dan boleh mengakibatkan kencing berdarah, dehidrasi dan seterusnya kematian.

penyakit

Walaubagaimanapun, kesemua penyakit di atas boleh dibendung sekiranya kucing dijaga dengan baik dan yang paling penting dibekalkan vaksinasi buat mereka. Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan kucing, sila take note ye senarai penyakit di atas!

 

Sumber: cdc.gov

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!