Kucing Pun Boleh Stress? 5 Tanda Si Meow Sedang Mengalami Tekanan );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Pun Boleh Stress? 5 Tanda Si Meow Sedang Mengalami Tekanan

Share
stress

Haiwan peliharaan kucing sangat terkenal dengan perwatakan dan tingkah laku yang ceria namun, perlu diketahui bahawa mereka juga boleh mengalami masalah stress.

Mungkin anda jarang melihat kucing mengalami tekanan namun, ianya boleh diketahui apabila si meow mula menunjukkan beberapa perubahan pada tingkah laku mereka.

Berikut merupakan 5 cara untuk anda kenal pasti si meow yang mengalami masalah stress.

 

Kencing Merata

stress

Kucing yang kerap ‘pancut’ merata boleh dikatakan sedang mengalami masalah tekanan yang agak serius kerana ianya sekaligus membahayakan kesihatan mereka.

Tahap kebersihan si meow dan juga orang di sekeliling akan terjejas kerana kencing kucing yang tidak dibersihkan akan meninggalkan kesan bau serta kuman bakteria yang berbahaya.

Meskipun anda sudah menyediakan litter box, tekanan yang melampau telah membuatkan si meow cenderung untuk kencing merata.

stress

Ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai luahan kemarahan yang ingin ditunjukkan si kucing pada pemilik mereka.

 

Selera Makan Berkurang

stress

Kucing anda semakin kurang berselera, kurang makan dan berat badan semakin susut? Jika ini berlaku besar kemungkinan kucing anda sedang menghadapi stress.

Mungkin anda akan terfikir bahawa si meow mungkin sudah bosan untuk makan makanan yang sama setiap hari kan?

Betul, tidak dinafikan bahawa kucing sememangnya akan bosan jika diberi makanan yang sama setiap hari namun itu juga merupakan petanda awal stress pada seekor kucing.

Jika masalah ini berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor pakar secepat mungkin.

 

Mengasingkan Diri

stress

Si meow yang dahulunya sangat suka bermain dan bersikap ceria boleh berubah secara tiba-tiba apabila mereka mengalami tekanan.

Kucing yang stress akan mengasingkan diri mereka di tempat tersembunyi ataupun jauh daripada gangguan ramai.

Hati-hati ye.. jika mereka diganggu, besar kemungkinan anda akan dicakar ataupun digigit serta merta.

 

Kerap Menjilat Badan

stress

Sudah menjadi kebiasaan bagi seekor kucing membasahkan diri mereka dengan menjilat kerana ianya boleh dianggap sebagai mandian semulajadi buat mereka.

Namun, perlu diperhatikan sekiranya bulu si meow terlampau basah sehingga kuyup dijilatnya, maka itu merupakan petanda jelas bahawa kucing anda sedang stress.

Ianya merupakan petanda kemurungan yang sangat jelas boleh dilihat oleh pemilik kucing.

 

Agresif Terhadap Kucing Lain

stress

Jika anda mempunyai kucing lebih daripada seekor, maka anda perlu kerap memerhatikan tingkah laku mereka antara satu sama lain.

Ini adalah kerana, kucing yang mengalami masalah stress berkemungkinan besar untuk bertindak agresif pada kucing lain.

stress

Tanpa mengira hubungan pertalian darah, si meow akan tetap bercakaran sesama mereka kerana ianya merupakan satu kepuasan buat mereka.

Seeloknya, asingkan si meow yang stress terlebih dahulu dan segera dapatkan rawatan di klinik vet berhampiran.

 

[Sumber]: idntimes

 

Baca: Cara Memberus Gigi Kucing Dengan Betul Dan Selamat

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!