Pakar: Kucing Stres Tuan Selalu Ada Di Rumah Ketika Musim Covid-19 );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Pakar: Kucing Stres Tuan Selalu Ada Di Rumah Ketika Musim Covid-19

Share
feline parvovirus kucing

Ketika musim pandemik ini, ramai majikan yang melaksanakan konsep bekerja dari rumah bagi mengelak penularan virus Covid-19. Tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada kucing di rumah.

Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah badan kebajikan kucing, Cats Protection, yang bertapak di United Kingdom mendapati, kucing berasa tertekan dan resah dengan keberadaan tuannya di rumah semasa musim pandemik ini kerana mengganggu masa bersendirinya di rumah.

Situasi ini menyebabkan semakin banyak haiwan peliharaan dibawa ke klinik haiwan disebabkan oleh masalah kesihatan mental.

“Perubahan kepada rutin harian kucing berpotensi menyebabkan ia tertekan kerana kucing merupakan haiwan yang tidak sukakan perubahan.

“Selain itu, kawasan-kawasan yang menjadi tempat kucing bersendirian di dalam rumah mungkin telah diubah menjadi ruang pejabat, menjadikan ia tidak lagi mempunyai ruang privasi,” kata jurucakap pusat kebajikan itu.

Ditambah pula dengan penutupan sekolah, kanak-kanak yang selalu mengganggu kucing juga boleh menyebabkan tahap stresnya bertambah.

Jelasnya, sekiranya ada kucing peliharaan yang tidak suka dengan bunyi bising, makin banyak manusia yang berada di rumah, makin tinggi tekanan yang dihadapinya.

“Tanda-tanda kucing yang tertekan termasuk mengiau secara berlebihan, kerap menjilat badannya, kerap mencakar, kencing di kawasan yang tidak sepatutnya dan kerap bersembunyi,” kata Timbalan Presiden Kanan Cats Protection, Daniella Dos Santos.

Sumber: Mirror
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!