Kucing Boleh Kena Strok Haba, Kenali Simptom & 5 Langkah Kecemasan Jika Si Bulus Diserang

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Kucing Boleh Kena Strok Haba, Kenali Simptom & 5 Langkah Kecemasan Jika Si Bulus Diserang

Share
Kucing strok haba

Strok haba atau heat stroke adalah situasi di ketika suhu badan meningkat dengan amat tinggi melebihi suhu badan normal. Ia bukan hanya boleh menyerang manusia sahaja, tetapi binatang termasuk kucing juga tidak terkecuali daripada terkena strok haba.

Kepanasan yang melampau boleh membuatkan semua hidupan termasuk haiwan, cepat mengalami dehidrasi, stres, lesu, pasif, dan hilang selera makan, yang seterusnya menyerang sistem organ tubuh hingga menyebabkan kematian.

Kucing mempunyai suhu badan normal sekitar 38.2 hingga 39.2 darjah Celsius, dan jika suhu badan kucing anda melebihi suhu normal mereka, berkemungkinan besar kucing anda diserang strok haba.

Selain mengalami kerosakan organ dalaman akibat strok haba, kucing juga akan mengalami kerosakan pada kulit dan bulu mereka kerana dehidrasi. Kulit haiwan peliharaan anda boleh menjadi kendur, bulunya akan gugur dan warna kulit di sekitar wajahnya akan menjadi pucat.

Simptom-simptom strok haba pada kucing:

  • Tercunggap-cungap dengan laju
  • Lesu dan lemah
  • Pasif dan malas bergerak
  • Lidah berwarna merah terang
  • Cepat panik/cemas
  • Mengeluarkan air liur (drooling)
  • Pening
  • Gegaran otot (muscle tremors)
  • Gusi berwarna hitam dan pucat
  • Muntah (mungkin bersama darah)
  • Cirit-birit (mungkin bersama darah)
  • Darah keluar dari hidung
  • Koma

jaga

Jika anda perasan, kucing yang kepanasan lebih cenderung untuk duduk di tepi bilik air, di atas peti ais atau di dalam sinki. Itu juga salah satu tanda yang si comel anda perlukan kelembapan atau keadaan sejuk, bagi menstabilkan suhu badan mereka.

Anda boleh menyediakan ruang khas untuk kucing anda di kawasan gelap dan sejuk untuk kucing anda berehat dengan selesa.

Jika cuaca terlampau panas anda boleh juga isikan botol plastik lama dengan air dan bekukan di dalam peti sejuk. Alih keluar keesokan harinya, balut dengan tuala dan letakkan ia berhampiran tempat tidur kegemaran si comel anda.

Kaedah sama juga boleh digunakan dengan menyejukkan tuala lembap di dalam freezer atau peti sejuk, setelah itu bentangkan dalam kotak kucing anda.

Sekali lagi HaiMeow mengingatkan, pastikan anda tidak terleka, sengaja atau tidak membiarkan kucing peliharaan di tempat sempit dan tiada pengudaraan.

Jika anda membawa kucing bersama di dalam kereta, pastikan penyaman udara dibuka sentiasa dan jangan tinggalkan kucing anda di dalam kereta tanpa sebarang pengudaraan dipasang atau masuk.

Langkah awal jika kucing anda terkena strok haba:

  1. Pindahkan kucing anda ditempat yang teduh.
  2. Selimut kucing anda dengan tuala lembap (bukan basah).
  3. Letak ice pack di bawah kepala kucing dan di celah kaki dan tangan. Pastikan kepala berada dalam keadaan sejuk kerana strok haba boleh menyebabkan kerosakan pada otak.
  4. Jangan sesekali berikan air ketika kucing di bawah sedar/pengsan.
  5. Jika kucing anda telah sedar, beri sedikit air atau titiskan air ke rongga mulut kucing anda dengan kerap. Anda juga bolehcuba untuk melembapkan gusi mereka dengan air menggunakan kain lembap.
  6. Bawa ke klinik secepat mungkin untuk rawatan lanjut.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!