Kucing Si Penangkap Tikus? Ketahui 3 Risiko Jangkitan Pada Si Meow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Si Penangkap Tikus? Ketahui 3 Risiko Jangkitan Pada Si Meow

Share
tikus

Melepaskan si meow merupakan jalan penyelesaian yang paling mudah sekiranya tikus menyelinap masuk ke dalam rumah ataupun bilik kita kan?

Maklumlah, kucing dan tikus kan merupakan musuh tradisi sejak berzaman lagi, maka dengan itu masalah gangguan tikus di rumah pasti selesai.

Anda rasa itu merupakan satu penyelesaian terbaik?

Jawapannya tidak sama sekali!

Sekiranya kucing menangkap ataupun memakan tikus, tanpa kita ketahui nyawa mereka sedang berada di dalam bahaya.

Ianya kerana, terdapat pelbagai risiko penyakit yang boleh dijangkiti daripada haiwan tikus.

tikus

Sering bermain di kawasan sampah dan persekitaran yang kotor, menjadikan ia sangat berbahaya jika dimakan oleh seekor kucing.

Berikut merupakan 3 risiko jangkitan yang boleh berjangkit pada kucing.

 

Toksoplasmosis

Kuman protozoa toksoplasmosis ini sering terdapat pada tisu ataupun daging haiwan jenis bukan pemangsa. Tikus merupakan antara jenis haiwan yang sering terdedah kepada kuman ini.

Sekiranya kucing anda memakan tikus, kuman jenis ini akan mula menyerang di bahagian usus perut dan seterusnya menyebabkan tumpahan darah pada najis mereka.

tikus

Sekiranya sistem ketahanan kucing tidak berfungsi dengan baik, jangkitan kuman tersebut akan merebak ke bahagian mata, pernafasan, kesan cirit-birit dan yang paling teruk, penyakit hati.

Kajian menyatakan bahawa, Toksoplasmosis merupakan penyakit yang sangat jarang berlaku pada kucing melainkan jika mereka gemar menangkap dan memakan tikus.

 

Cacing Bulat (Roundworm)

tikus

Kucing yang makan tikus boleh dijangkiti cacing bulat yang terdapat secara semula jadi pada tikus.

Akibatnya, kucing akan cirit birit dan hilang selera makan kerana bahagian ususnya telah dijangkiti cacing dan jika dibiarkan, cacing akan semakin membesar dan berisiko membahayakan nyawa si bulus.

Jangkitan ini boleh dirawat setiap dua minggu dengan produk yang aktif melawan cacing bulat seperti Pyrantel.

Atau lebih baik anda bawa kucing yang dijangkiti ke klinik haiwan bagi mendapatkan lebih maklumat dan rawatan secara terperinci.

 

Keracunan Sekunder

tikus

Kita sedia maklum bahawa haiwan tikus sangat dibenci dan ditakuti masyarakat umum sehingga ada yang sanggup letakkan racun di keliling kawasan rumah bagi menghalang dari diganggu.

Terdapat pelbagai jenis racun tikus di pasaran sama ada ianya jenis pepejal, pil ataupun semburan, kesemuanya boleh dikira sebagai bahan perosak yang bertujuan memudaratkan hidupan berkenaan.

Apa akan jadi sekiranya kucing anda menangkap lalu memakan tikus yang disembur racun ini?

Tidak perlu makan, menggigitnya sahaja sudah boleh mendatangkan kesan merbahaya pada si meow anda.

tikus

Tanda-tanda keracunan pada kucing dapat dikesan melalui pendarahan pada gusi, kelesuan, lebam di bawah kulit, pendarahan di bahagian hidung dan kencing berdarah.

Sekiranya tanda-tanda di atas ada pada kucing anda, penulis nasihatkan supaya segera dapatkan rawatan daripada pakar.

Mungkin fikiran kita sudah lama dimanipulasikan oleh paparan di media dan televisyen tentang tikus yang sememangnya menjadi mangsa kerakusan kucing. Namun, sedarlah bahawa ianya boleh membahayakan nyawa si meow dan berisiko kematian jika tidak dibendung.

 

Sumber: vetwest.com

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!