Makanan Kucing (Kibbles) Berkhasiat untuk Si Meow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kenal Pasti Makanan Kucing (Kibbles) Berkhasiat untuk Si Meow

Share
kucing

Pemakanan kucing jenis kibbles sangat penting buat si bulus kerana ia membekalkan nutrisi dan protein untuk proses tumbesaran dan kesihatan mereka.

Namun begitu terdapat pelbagai jenis kibbles yang dijual di pasaran dan masing-masing mempunyai perasa yang berlainan. Perkara ini dilihat agak menggusarkan pemilik kucing dan pastinya anda tidak senang duduk apabila melihat harganya yang berbeza kan?

Makanan kucing jenis kibbles ini terbahagi kepada tiga bahagian. Super Premium, Premium dan Komersial.

Super Premium/Holistik

Makanan jenis ini adalah yang paling mahal dan berkhasiat di dalam pasaran. Rata-rata pasaraya tidak menjual makanan jenis ini kerana harganya yang agak tinggi dan sukar didapati. Ianya hanya boleh didapati di kedai haiwan terpilih dan klinik haiwan sahaja.

Premium

Mempunyai khasiat dan nutrisi yang hampir sama dengan super premium, tetapi yang membezakannya adalah  kualiti dan harganya yang sedikit rendah.

Komersial

Boleh didapati di pasaraya dan sering muncul di kaca televisyen merupakan antara ciri-ciri makanan jenis ini. Mempunyai harga yang murah dan kibblesnya yang berwarna warni menjadikannya antara pilihan tuan kucing walhal, ianya sangat tidak berkhasiat buat kucing.

Perbezaan Kualiti Makanan

Kualiti sesebuah pek makanan itu boleh disemak di bahagian label nutrisinya. Makanan yang tinggi kualitinya memiliki salah satu daripada 3 bahan utama iaitu ayam, daging dan ikan salmon.

Makanan yang rendah kualitinya akan tertulis ‘By Product’ yang bermaksud bahagian haiwan yang dibuang dan tidak berkhasiat seperti kulit, organ dalaman, paruh ayam dan yang seangkatan dengannya.

Jenis Kibbles Berkualiti

kucing

Kibbles berkualiti mempunyai sekurang-kurangnya kandungan protein sebanyak 33%. Antara contoh makanan jenis ini adalah Royal Canin, Blackwood, Equilibrio, Orijen ataupun Evo. Pendek kata, kalau nak beli cari je di klinik haiwan ataupun di kedai haiwan.

Buat mereka yang mengamalkan makanan jenis komersial, penulis nasihatkan bertukarlah ke jenama yang lebih baik. Sebagai pencinta kucing, apa salahnya kalau berbelanja lebih sedikit untuk si bulus kesayangan kan?

Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!