Perlu Ke Kucing Diberi Makan Makanan Wet Food? 3 Kebaikan Yang Diperlukan Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Perlu Ke Kucing Diberi Makan Makanan Wet Food? 3 Kebaikan Yang Diperlukan Si Meow

Share
wet

Makanan kering jenis kibbles memang sudah menjadi keutamaan buat si meow namun bagaimana pula dengan makanan wet food?

Masih ramai yang kurang jelas tentang betapa pentingnya makanan jenis wet food pada kucing. Selain daripada keperluan makanan, ianya juga sangat penting dari sudut kesihatan dan jangka hayat mereka.

Pada penulisan kali ini, penulis ingin kongsikan beberapa kepentingan wet food terhadap kucing anda.

 

Kesihatan Saluran Kencing

wet

Proses pembuangan toksik ataupun dalam bahasa ringkasnya, ‘kencing’ merupakan sesuatu yang sangat penting buat kucing lebih-lebih lagi setelah makan dan minum.

Makanan basah sangat berguna untuk meningkatkan proses kencing si meow dan ianya sekaligus dapat mencegah masalah pada saluran kencing mereka.

Selain membantu mencairkan kepekatan dan menghilangkan keradangan pada pundi kencing, ia juga akan memberikan kesan lega pada bahagian tersebut.

 

Mengurangkan Berat Badan

wet

Makanan berasaskan air mempunyai jumlah kalori yang lebih rendah berbanding makanan kering dan ia boleh dijadikan sebagai langkah untuk menurunkan berat badan si meow.

Mengikut kiraan, makanan kering memberikan lebih dari 3-4 kalori per gram sementara makanan basah pula mengandungi 0-8 kalori per gram. Namun ia bergantung juga pada kuantiti yang diberi dan sebaiknya makanan basah diberi mengikut jadual.

Jika kucing anda kerap meminta makan, makanan basah sangat disyorkan kerana ia mampu mengawal masalah berat berlebihan ataupun obesiti pada si meow.

 

Penyelesaian Masalah Sembelit

wet

Sekiranya kucing anda kurang membuang ataupun sembelit sejak kebelakangan ini, makanan basah sama ada dalam tin ataupun yang dibuat sendiri boleh dijadikan ubat.

Faktor dehidrasi sangat penting dalam membantu si meow membuang, maka dengan itu makanan jenis wet food adalah sangat disyorkan pada kucing yang mengalami masalah sembelit.

wet

Jadi, buat anda yang selama ini hanya menyediakan makanan jenis kibbles sahaja, apa kata sesekali cuba berikan makanan basah pula buat si comel anda.

Sekali-sekala apa salahnya beri peluang pada mereka untuk bertukar selera pula kan? Confirm si meow akan lebih bahagia dan manja selepas ini.

 

[Sumber]: petfood

 

Baca: Air Kelapa Bagus Untuk Kucing? Ketahui Kebaikan & Keburukan Pada Si Bulus

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!