Masalah 'Overgrooming' Pada Kucing, Mengapa Berlaku & Bagaimana Menghentikannya? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Masalah ‘Overgrooming’ Kucing, Mengapa Berlaku & Bagaimana Menghentikannya?

Share
kucing overgrooming

Kucing menghabiskan sehingga 50% masanya dengan membersihkan dan menjilat diri. Perkara ini adalah penting untuk menanggalkan bulu berlebihan, kotoran dan juga parasit daripada bulunya.

Tetapi jika mereka melakukannya dengan berlebihan – perbuatan yang dipanggil overgrooming – ia merupakan satu malasah yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Overgrooming boleh menyebabkan kucing kehilangan bulu di kawasan-kawasan tertentu yang dijilatnya. Perkara ini juga adalah salah satu punca bagi masalah gumpalan bulu atau hairball.

lidah kucing

Kenapa kucing overgrooming?

 

Terdapat alergi atau jangkitan

Kulit yang luka atau meradang mungkin disebabkan oleh jangkitan, alergi terhadap makanan, parasit, atau bahan tertentu di kawasan persekitaran. Kehilangan bulu di kawasan tertentu boleh menjadi petanda kepada masalah tersebut, contohnya kucing yang kehilangan bulu akibat overgrooming di kawasan telinga dan leher mungkin disebabkan oleh jangkitan tungau telinga.

 

Kesakitan

Overgrooming juga mungkin adakah disebabkan kucing anda sedang kesakitan atau tidak selesa, terutamanya jika ia menjilat sesuatu kawasan di tubuhnya dengan kerap. Contohnya, kucing yang menjilat dengan kerap di bahagian punggungnya kemungkinan sedang mengalami sakit belakang, manakala kucing yang kerap menjilat di kawasan alat kelaminnya mungkin akibat jangkitan saluran kencing.

 

Stres atau bosan

Sebilangan kucing menjilat dirinya akibat stres atau terlalu bosan. Menjilat diri dapat melepaskan endorfin yang membantu menghilangkan kegelisahan, jadi apabila ia sudah biasa menjilat untuk menenangkan diri, perbuatan itu boleh menjadi tabiat.

Bagaimana menghentikan perkara ini?

Perkara paling utama untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengetahui puncanya terlebih dahulu. Adalah lebih baik untuk bawanya berjumpa doktor haiwan supaya dapat mengenalpasti punca dan memberikan rawatan. Jika itu adalah tabiatnya, doktor akan menasihati anda cara-cara untuk mengurangkan tabiatnya itu.

 

Bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan

Jika kucing anda mempunyai masalah overgrooming akibat jangkitan atau alergi, doktor akan memberi ubat yang sesuai kepadanya. Pastikan kucing anda mendapat perlindungan daripada kutu untuk membantu mengatasi alergi kutu dan tungau telinga. Sekiranya kucing anda sakit, doktor akan mengenal pasti penyebab dan solusinya.

 

Wujudkan rutin untuk kurangkan tekanan

Kucing suka rutin, dan tidak suka dengan perubahan ketara. Jadi, jika keguguran bulu adalah disebabkan stres, cuba wujudkan persekitaran yang selesa dan jadual untuknya. Tukar bekas najisnya sekurang-kurangnya sekali sehari, dan beri makan pada waktu yang sama setiap hari.

Jika anda ingin melakukan perubahan contohnya ingin mengubah kedudukan perabot dalam rumah, lakukan secara beransur-ansur supaya ia tidak ‘terkejut’ dengan perubahan yang mendadak. Jika anda ingin berpindah rumah, anda mungkin boleh membawa barang-barang dari rumah lama, contohnya karpet atau sofa serta rumah kucingnya, ke rumah baru sekali.

 

Sediakan sokongan mental dan fizikal untuknya

Pastikan anda menyediakannya persekitaran yang selesa untuk kesihatan mental dan fizikalnya. Sediakan rumah kucing, pelbagai jenis mainan, tempat untuk mencakar dan sentiasa meluangkan masa untuk bermain dengannya. Ini akan membantu kucing anda membina keyakinan dan mengalihkan perhatiannya daripada overgrooming.

 

Cuba ubat atau produk untuk menenangkannya

Kucing yang mempunyai kegelisahan boleh diberi ubat-ubatan atau makanan tambahan untuk merawat masalah tersebut. Rujuk kepada doktor apakah rawatan yang bagus bagi mengawal kegelisahan kucing anda.

 

Sabar, sabar dan sabar

Perkara yang paling penting adalah anda harus bersabar dalam berurusan dengan kucing yang mempunyai masalah overgrooming. Sekiranya kucing anda mempunyai masalah ini, jangan menghukumnya atau cuba mengganggunya. Ini hanya akan menambah stres pada kucing anda dan membuatkan masalah overgrooming bertambah teruk. Rawatan memerlukan masa yang ada kalanya cepat dan ada kalanya lambat.

Sumber: PetMD
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!