Mengapa Kucing Suka Menjilat Anda? 5 Sebab Patut Tahu );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Mengapa Kucing Suka Menjilat Anda? 5 Sebab Patut Tahu

Share
Kucing

Pernakah anda terfikir, mengapa kucing suka menjilat tuanya. Dengan lidahnya yang kesat dan mulutnya yang berbau pastinya membuatkan anda tidak selesa.

Adakah kucing anda sebenarnya tertekan atau gembira dengan anda ?

Jom ketahui 5 sebab mengapa kucing anda suka menjilat anda

1.Memupuk hubungan yang baik bersama penjaga

Jika anda perasan, kucing sangat suka menjilat kucing lain yang rapat denganya. Ini kerana mereka ingin menguatkan lagi hubungan sesama mereka. Begitu juga dengan manusia, mereka akan menjilat anda untuk menukar bau. Apabila kucing sudah kenal atau terbiasa dengan bau anda, ia akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan kucing

2. Menandakan anda keluarga mereka

Kucing anda suka menjilat anda menunjukan bahawa mereka sangat selesa dengan anda. Mereka sudah menganggap bahawa anda ialah keluarga dan mereka akan membersihkan anda seperti seekor ibu kucing yang membersihkan anaknya.

3. Mereka Keresahan

Kucing suka menjilat manusia bukan semuanya tanda baik. Ada juga tanda tidak baik jika kucing anda suka menjilat anda. Mereka juga mempunyai perasaan resah dan gelisah. Mereka akan menjilat diri sendiri atau menjilat anda untuk mengurangkan rasa resah dan gelisah yang sedang ada dalam diri mereka.

4. Menganggap jari-jari anda sebagai “dot” mereka

Keadaan ini lebih kepada anak kucing, lagi-lagi anak kucing yang tiada ibu. Jika dari kecil anda suka bermain dengan mereka dengan memasukkan jari anda ke dalam mulut mereka, mereka akan terbiasa dan menganggap jari anda sebagai puting susu.

5. Menanda hak mereka

Dengan menjilat anda, mereka sudah menanda bahawa anda adalah hak mereka. Ini kerana dengan bau jilatan mereka, mereka boleh mengenali anda. Sama seperti ibu kucing yang akan selalu menjilat anaknya, ini kerana jika si ibu kenal dengan bau anaknya, si ibu akan menyusukan anaknya itu. Jika bukan anaknya, si ibu tidak akan memberikan susu. Alasan yang sama untuk manusia, itu sebagai tanya bahawa anda adalah hak mereka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!