6 Tip Pemilikan Haiwan Peliharaan Secara Bertanggungjawab );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Editor

6 Tip Pemilikan Haiwan Peliharaan Secara Bertanggungjawab

Share

Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi dalam hubungan persahabatan antara manusia dan haiwan peliharaan.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa memelihara haiwan merupakan satu tanggungjawab.

Berikut adalah beberapa faktor yang harus dititikberatkan:

1. Pilih haiwan peliharaan secara bijak, menurut kesesuaian kediaman dan cara hidup anda

Sekiranya anda tinggal di apartmen/kondominium, mungkin terdapat sekatan atau peraturan mengenai haiwan peliharaan yang dibenarkan.
Sekiranya anda tiada masa atau kesabaran untuk menyikat haiwan peliharaan yang berbulu panjang setiap hari, pilihlah haiwan peliharaan yang berbulu pendek (atau tidak berbulu!)

Buatlah kajian dan fahamilah keperluan serta perangai haiwan yang anda minati sebelum memilikinya.

Anda haruslah jujur dan ikhlas mengenai kemampuan anda menjaga haiwan yang anda pilih sebagai haiwan peliharaan.

2. Anda harus bertekad menjaga seumur hidupnya

Tempoh hayat seekor anjing adalah bergantung kepada bakanya dan mungkin mencapai usia 6-15 tahun. Kucing secara amnya hidup sehingga 13-15 tahun. Kura-kura boleh hidup sampai usia 100 tahun!

3. Pemilikan haiwan peliharaan memerlukan pelaburan masa dan wang

Sedar akan batasan anda dan pelihara hanya jenis dan bilangan haiwan yang anda mampu sara secukupnya (ini merangkumi penyediaan persekitaran yang selamat, makanan, air, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan persahabatan).

Haiwan Peliharaan

Kesihatan haiwan peliharaan perlu dititikberatkan l Imej amy-humphries @unsplash

4. Pastikan haiwan jagaan anda sihat dan gembira dengan memastikan ianya:

  • Mendapatkan rawatan pencegahan. Ini merangkumi vaksinasi ; pencegahan kutu, sengkenit dan cacing; dan pemeriksaan veterinar secara berjadual.
  • Dirawat doktor veterinar sekiranya tidak sihat, sakit atau cedera.
  • Melakukan senaman serta mendapat stimulasi mental yang bersesuaian dengan status kesihatan, umur dan bakanya.
  • Mampu bergaul, dipupuk serta dilatih.

5. Pastikan anda bertanggungjawab dan elakkan haiwan peliharaan anda mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat, haiwan lain dan alam sekitar:

  • Pastikan sebarang kekotoran (seperti najis dan sisa-sisa makanan) dibuang dengan betul.
  • Kawal kadar kebisingan haiwan peliharaan anda.
  • Jangan biarkan haiwan peliharaan anda berkeliaran, bertindak liar dan menyerang orang.
  • Mandulkan haiwan peliharaan anda untuk mengelakkan pembiakan tidak dirancang serta mengawal populasi.

Haiwan Peliharaan

Menyayangi haiwan peliharaan adalah tanggungjawab l Imej by marina-hanna @unsplash

6. Bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga:

  • Tanda pengenalan dengan nombor telefon anda (supaya dapat ditemukan semula sekiranya haiwan peliharaan anda hilang).
  • Menyediakan kit pemindahan kecemasan (sekiranya tempat tinggal anda terdedah kepada bencana alam seperti banjir).
  • Pengurusan atau pelan alternatif sekiranya anda sudah tidak mampu menjaga haiwan peliharaan anda.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!