Minyak Angin Sapu Pada Luka Kucing, Adakah Ianya Selamat Ataupun Berbahaya? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Minyak Angin Sapu Pada Luka Kucing, Adakah Ianya Selamat Ataupun Berbahaya?

Share
minyak

Minyak angin ataupun minyak panas sudah menjadi kebiasaan buat kita yang mengalami luka dan cedera.

Namun bagaimana pula jika ianya disapukan pada si meow? Adakah kandungan dan isian sesuatu minyak itu selamat digunakan pada kucing?

Menurut kajian yang dilakukan terdapat beberapa jenis minyak angin yang kurang sesuai jika disapukan pada si meow.

 


Baca Juga: Kenapa Ibu Kucing Pindahkan Anaknya Walaupun Kita Dah Sediakan Tempat Selesa? 6 Sebab Anda Mungkin Terlepas Pandang


Minyak Angin Beracun

minyak

Sama seperti tumbuhan beracun, minyak pati juga boleh menimbulkan ancaman pada kucing meskipun ianya digunakan dalam jumlah yang kecil.

Menurut Persatuan Perubatan Veterinar Kanada (CVMA) , berikut adalah beberapa minyak pati yang beracun kepada kucing:

  • Bergamat
  • Kayu manis
  • Cengkih
  • Eucalyptus
  • Geranium
  • Lavender
  • Lemon, limau dan oren
  • Serai
  • Mawar
  • Rosemary
  • Cendana
  • Pokok teh
  • Wintergreen dan pudina

 

Minyak Pokok Teh

minyak

Pokok teh merupakan kandungan yang paling merbahaya untuk si meow!

Ianya kerana kandungan toksin yang terdapat dalam minyak pokok teh boleh memberi kesan buruk pada hati.

Minuman herba diperbuat daripada teh mungkin sesuatu yang menyihatkan pada kita, namun sangat bahaya pada kucing!

 

Jenis kandungan Minyak Yang Selamat

minyak

Pendek kata, tiada sebarang minyak pati angin pun yang selamat untuk kucing.

Kesemua minyak pati daripada bahan yang dinyatakan di atas adalah sangat merbahaya dan boleh menjadi toksik pada si bulus.

Seperti yang dinyatakan oleh ASPCA , “Kelikatan kandungan minyak pati boleh menjadi punca bahaya untuk semua haiwan termasuklah kucing.

angin

Maka sekiranya anda pernah ataupun terbiasa sapukan minyak pada bahagian luka kucing dan sebagainya, sebaiknya hentikan segera.

Untuk lebih selamat, dapatkan rawatan di klinik vet berhampiran bagi mengelak sebarang jangkitan kuman yang lebih teruk.

Buat ibu bapa kucing di luar sana, minyak kapak ataupun minyak urat jangan disapu pada si meow ye!

 

[Sumber: hillpet]
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!