Mulut Kucing Berbau? Ketahui Simptom dan 3 Cara Atasi Masalah Ini

Type to search

Haimeow Kesihatan

Mulut Kucing Berbau? Ketahui Simptom dan 3 Cara Atasi Masalah Ini

Share
mulut

Kebersihan seekor kucing sering dinilai daripada sudut luaran namun pernahkah anda terfikir tentang tahap kebersihan mulut si meow?

Ramai yang beranggapan bahawa hanya faktor luaran sahaja yang perlu dititikberatkan bagi seekor kucing, walhal kebersihan mulut mereka sebenarnya tersangatlah penting.

Sekiranya anda sering bermain dengan kucing, anda pasti pernah terhidu bau dan aroma yang kurang enak dari mulut si bulus anda. Persoalannya, mengapa ianya terjadi?

Sedangkan manusia pun perlu berus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari, inikan pula kucing yang mempunyai diet pemakanan berbeza dan berlainan.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi bau mulut pada seekor kucing, dan ianya perlu difahami dan diatasi segera kerana boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka.

 

Simptom Kucing Bermulut Busuk

mulut

Sekiranya anda pernah terhidu bau mulut si meow, kenal pasti bau mulut mereka sama ada berbau busuk atau manis.

Selain itu, lihat juga pada gusi mereka sama ada berwarna merah pekat ataupun tidak. Warna normal bagi gusi seekor kucing adalah berwarna pink dan tidak terlampau merah.

Sekiranya warna yang ditampilkan terlampau merah, maka ketahuilah bahawa kucing anda sedang menghadapi masalah gusi dan ia bakal mengganggu tahap kesihatan mereka.

 

Jenis dan Bau Nafas Kucing

mulut

Mulut kucing yang berbau manis seakan-akan bau buah menandakan bahawa kucing anda berkemungkinan besar menghidap penyakit diabetes. Petanda lain yang akan menyusul kemudiannya adalah penurunan berat badan, kerap haus dan kerap kencing.

Namun sekiranya mulut si meow berbau busuk seperti bangkai dan hanyir, itu merupakan petanda serious kucing anda mungkin ada masalah hati. Masalah hati sangat bahaya dan tanda lain yang akan anda lihat ialah muntah-muntah, bengkak di bahagian abdomen perut dan demam kuning.

 

Empat Cara Atasi Mulut Berbau Pada Si Meow

 

Lakukan Pemeriksaan Seminggu Sekali

mulut 

Lakukan pemeriksaan asas pada si bulus anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan memantau tahap kebersihan pada gigi, gusi dan bau nafas mereka.

Gunakan peralatan yang khas untuk kucing seperti berus gigi dan ubat gigi anti florida yang lebih sesuai untuk kegunaan kucing.

Perhatikan gigi kucing anda sama ada ia berwarna kekuningan luar biasa ataupun tidak. Jika ya, ianya mungkin berpunca dari kesan plak dan bakteria sisa makanan yang terselit dan perlu dibersihkan segera.

 

Tukar Diet dan Pemakanan Mereka

mulut

Makanan kucing terbahagi kepada dua jenis iaitu wet food dan kibbles, namun ramai yang masih keliru untuk membuat pilihan setiap kali ingin memberi kucing mereka makan.

Bagi menjaga kesihatan dan kebersihan mulut kucing, jangan berikan makanan tin jenis wet food sepanjang masa, atau setiap hari sebagai makanan utama.

Selain mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi, makanan lembut ini mudah melekat pada gusi dan membentuk karang gigi pada si meow.

Berikan kibbles lebih kerap kerana makanan jenis ini lazimnya lebih keras dan boleh dijadikan sebagai medium pembersihan gigi serta menguatkan gusi kucing.

 

Lakukan Rawatan Scaling Gigi

mulut

Jika didapati karang gigi pada kucing anda mudah terbentuk, dinasihatkan untuk lakukan rawatan scaling sekurang-kurangnya setahun sekali.

Jangan ingat manusia sahaja yang perlu buat rawatan scaling gigi, kucing pun perlu diberi rawatan yang sama tau!

Elakkan sehingga karang gigi menjadi terlalu tebal kerana ia boleh menyebabkan jangkitan gusi dan akar gigi yang kronik. Akar gigi yang rosak akan menyebabkan gigi mati lalu bertukar menjadi busuk.

Rawatan scaling berfungsi membantu memecah dan membuang kaviti pada gigi si meow manakala proses baik pulih gusi dilakukan melalui suntikan bius.

mulut

Kebersihan mulut dan gigi kucing sama pentingnya dengan bulu mereka. Sama la seperti kita… kalau muka hensem dan cantik tapi mulut berbau busuk, orang di sebelah pun boleh lari kan?

Nasihat penulis, lakukan la 3 langkah pencegahan di atas, barulah si meow anda akan lebih bahagia!

 

Sumber: petcare

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!