Kucing Yang Mempunyai Darah Pada Najis Sebenarnya Mengalami Masalah Kesihatan );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Yang Mempunyai Darah Pada Najis Sebenarnya Mengalami Masalah Kesihatan

Share
najis

Pernahkah anda mengalami situasi yang merisaukan seperti melihat darah pada najis kucing sewaktu anda sedang membersihkan litter box mereka?

Apa yang anda patut buat?

Jangan sesekali pernah mengabaikan najis kucing yang mempunyai darah.

Darah di kotoran kucing menunjukkan bahawa sesuatu sedang berlaku pada kesihatannya. 

najis

Apa yang menyebabkan darah pada najis kucing?

Darah dalam najis kucing paling kerap disebabkan oleh kolitis (radang usus besar). Walaupun kolitis adalah salah satu sebab yang paling umum untuk darah di dalam najis kucing, kolitis adalah lebih kepada gejala berbanding diagnosis.

Kolitis adalah istilah umum yang menggambarkan keradangan usus besar, yang merupakan bahagian saluran usus kucing anda.

Darah di najis kucing anda boleh kelihatan merah terang, merah pekat atau kehitaman.

  • Darah merah terang segar atau baru lagi terjadi
  • Darah merah pekat sudah lama terjadi kerana telah dicerna atau sebahagiannya sudah dicerna oleh kucing tersebut.
  • Darah kehitaman – bahaya 

najis

Sekiranya najis kucing anda kelihatan agak biasa dan kucing anda tidak menunjukkan reaksi sakit, anda mungkin boleh menunggu satu atau dua hari untuk berjumpa veterinar.

Walaupun kucing anda kelihatan baik, sebaiknya anda hubungi doktor haiwan anda untuk bercakap mengenai apa yang anda lihat di kotoran. Walaupun ‘biasa’ untuk kucing mungkin terkena darah di najis sekali-sekala, ia masih perlu dianggap penting.

Dalam beberapa keadaan, darah pada kotoran kucing memerlukan rawatan veterinar dengan segera. Hal ini kerana kucing anda mungkin mengalami pendarahan dalaman dan ia perlu dirawat serta merta.

Selain itu, dengan melihat najis sahaja boleh menjelaskan mengenai kesihatan kucing, seperti berikut:

  • darah berwarna merah terang dan kucing  mengalami cirit-birit atau muntah (atau kedua-duanya)
  • mempunyai banyak lendir dan juga darah di dalam najisnya
  • jumlah darahnya berlebihan
  • kucing membuang di luar litter box 

Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda lain bahawa dia merasa sakit (kucing bersembunyi, kucing tidak makan, kucing tidak bermaya), bawa dia ke doktor haiwan untuk diperiksa secepat mungkin.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!