Haiwan Peliharaan Juga Jadi Mangsa, Ini Apa yang Pemilik Perlu Lakukan Jika Berhadapan Dengan Bencana Banjir );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Haiwan Peliharaan Juga Jadi Mangsa, Ini Apa yang Pemilik Perlu Lakukan Jika Berhadapan Dengan Bencana Banjir

Share
haiwan peliharaan banjir

Sudah hampir dua minggu negara dilanda banjir yang amat teruk sehingga menjejaskan berpuluh-puluh ribu orang setakat ini. haiwan peliharaan

Namun, bukan sahaja manusia, banjir yang melanda ini turut memberi kesan kepada haiwan peliharaan.


Baca Juga: 8 Tanda Kucing Anda Dijangkiti Cacing


Di sosial media, banyak video tular yang menunjukkan haiwan seperti kucing dan anjing terperangkap akibat banjir dan ada yang mati lemas akibat tidak berjaya menyelamatkan diri.

Tidak seperti manusia, haiwan peliharaan terutamanya anjing dan kucing hanya boleh menyalak atau mengiau untuk meminta pertolongan.

Begitupun, mujur terdapat rakyat Malaysia yang baik hati dan berusaha untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang turut terjejas akibat banjir.

Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia, Dr Dylan Choy, yang juga merupakan seorang doktor haiwan bertauliah, berkongsi perkara-perkara penting yang harus dilakukan oleh pemilik haiwan peliharaan bagi menghadapi banjir.

1. Pastikan kucing dan anjing anda mempunyai tanda atau tag pengenalan seperti kolar yang mempunyai maklumat tuannya. Butiran sedemikian akan membantu untuk mengesan sama ada haiwan peliharaan atau pemilik jika kecemasan berlaku.

2. Pastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan haiwan peliharaan disimpan dengan baik. Jika anda memiliki banyak jenis haiwan seperti kucing dan anjing, pastikan makanan kedua-dua jenis haiwan itu ada kerana mereka mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza dan tidak boleh berkongsi makanan.

3. Pastikan haiwan peliharaan anda diberi vaksin. Sertakan vaksinasi terhadap penyakit Leptospirosis (kencing tikus), sejenis penyakit bakteria berbahaya yang senang dijangkiti melalui air (termasuk air banjir). Leptospirosis boleh memberi kesan kepada manusia dan haiwan.

4. Kekal waspada terhadap keadaan semasa. Dengan teknologi media sosial pada hari ini, lebih mudah bagi pemilik untuk mengetahui situasi semasa untuk bersedia bagi tindakan seterusnya.

5. Letakkan dokumen penting seperti rekod vaksinasi dan butiran mengenai doktor haiwan dalam bekas bertutup. Sertakan juga gambar terkini haiwan kesayangan anda bagi memudahkan pencarian sekiranya ia hilang. .

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!