4 Cara Menjaga Kucing Yang Telah Dimandulkan Menurut Pakar

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Editor Pilihan Haimeow

4 Cara Menjaga Kucing Yang Telah Dimandulkan Menurut Pakar

Share
jaga

Sebilangan besar pemilik kucing tidak mahu kucing mereka membiak dengan banyak kerana tidak ada masa atau wang untuk menjaga lebih banyak anak kucing. Jadi mereka memilih untuk memandulkan kucing mereka supaya tidak berlaku kelahiran yang tidak diingini.

Proses pemandulan kucing – membuang testis bagi kucing jantan dan ovari serta uterus bagi kucing betina – memerlukan pembedahan dilakukan oleh doktor veterinar. Justeru, kucing yang baru sahaja dimandulkan harus diberi penjagaan khusus supaya tidak berlaku kesan sampingan yang tidak diingini.

Bukan itu sahaja, untuk jangka masa yang panjang kucing yang telah dimandulkan juga harus diberi perhatian terutama dari segi pemakanannya.

Ikuti temubual Haimeow bersama Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia, Dr. Kavindaran Krisnasamy mengenai penjagaan kucing selepas dimandulkan.

Apakah perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh pemilik kucing yang baru sahaja dimandulkan?

Dr. Kavindaran: Kebiasaanya, kucing yang baru sahaja dimandulkan atau yang baru keluar dari bilik pembedahan akan diawasi oleh doktor veterinar dari segi kadar pernafasan yang stabil dan beberapa tanda-tanda penting sewaktu tempoh pemulihan dari kesan ubat bius. Kebiasaanya kucing akan sedar dengan sepenuhnya dari kesan ubat bius dalam masa 2-4 jam. Ianya bergantung juga pada jenis ubat bius yang digunakan.

Doktor veterinar akan memastikan kucing yang dihantar balik ke rumah selepas proses pemandulan sudah pun sedar sepenuhnya. Untuk memastikan proses pemulihan dilakukan sebaik yang mungkin di rumah, tuan kucing dinasihatkan untuk;

  1. Menyimpan kucing di tempat yang tidak bising.
  2. Kawasan tidak terlalu terang.
  3. Kurang pergerakan orang ramai.
  4. Perlu diasingkan dari kucing lain.

Kebiasaannya, pada hari pertama selepas pembedahan kucing senang terkejut dan ini boleh menimbulkan stress kepada mereka. Juga, ianya biasa sekiranya kucing rasa letih sedikit dan akan tidur sepanjang hari.

Sekiranya tuan kucing tidak ada tempat yang sesuai, mereka boleh berbincang dengan doktor veterinar untuk disimpan dan dijaga sehari dua di klinik veterinar.

Berapa lamakah tempoh pemulihan (recovery period) bagi kucing yang baru sahaja dimandulkan?

Dr. Kavindaran: Kebiasaanya kucing akan pulih dalam masa setengah hari ataupun lebih kurang 6 – 12 jam. Dalam tempoh ini, kucing mungkin tiada selera untuk makan dan minum atau makan dalam kuantiti sedikit.

Mereka akan kembali ke tabiat biasa dalam masa 1 – 2 hari selepas pembedahan. Untuk kucing jantan, proses ini biasanya lebih cepat oleh kerana prosedur pemandulan untuk kucing jantan tidak begitu rumit jika dibandingkan dengan kucing betina.

Adakah terdapat pantang larang atau penjagaan khusus bagi kucing yang baru sahaja dimandulkan? Jika ada, bagaimana penjagaan tersebut?

Dr. Kavindaran: Apabila dibawa pulang ke rumah, pemilik kucing dinasihatkan untuk menempatkan kucing di kawasan yang bersih dan kering selama 10-14 hari, iaitu jangka masa standard untuk luka pembedahan sembuh sepenuhnya. Tidak semestinya dikurung, asalkan mereka ditempatkan di dalam kawasan rumah yang bersih dan di lokasi yang sentiasa boleh dipantau.

Kalau boleh, tuan kucing dinasihatkan memantau luka pembedahan untuk tanda bengkak ataupun sebarang cecair yang keluar dari luka pembedahan. Sekiranya ada, mereka dinasihatkan membawa kucing ke klinik veterinar secepat mungkin. Tetapi jangan risau, isu ini jarang berlaku.

Untuk jangka masa panjang, tuan kucing dinasihatkan untuk lebih prihatin dengan memantau tingkah laku si bulus – seperti memastikan ianya mendapat pemakanan yang seimbang, galakkan si bulus untuk bermain dan juga minum air yang secukupnya.

Minum air yang secukupnya amat penting untuk memastikan saluran kencing kucing tidak dijangkiti penyakit. Elok juga si bulus dibawa untuk berjumpa dengan doktor veterinar secara berkala kerana ini dapat memastikan pengesanan penyakit pada peringkat awal.

Mengapakah kucing yang baru dimandulkan harus diberi penjagaan yang berbeza berbanding si comel yang tidak dimandulkan?

Dr. Kavindaran: Tuan kucing perlu ingat bahawa proses pemandulan ini merupakan sejenis pembedahan. Ianya memang salah satu prosedur yang sangat biasa dilakukan oleh doktor veterinar.

Walau bagaimanapun ianya masih diklasifikasikan sebagai sejenis pembedahan, dimana risiko-risikonya masih ada, sama seperti manusia yang menjalani sebarang pembedahan.

Memang betul kebaikan proses pemandulan ini mengatasi risikonya dan doktor-doktor veterinar sentiasa mengesyorkannya, tetapi tuan kucing sentiasa dinasihatkan langkah-langkah pemantauan yang sepatutnya.

Adakah kucing yang dimandulkan harus diberikan diet berlainan? Mengapa?

Dr. Kavindaran: Ini betul. Pemilik kucing dinasihatkan untuk mendapatkan makanan khas dan seimbang dari semua segi nutrisi-nutrisi di dalamnya untuk kucing yang sudah dimandulkan.

Pemilik kucing boleh mencari makanan yang mempunyai label “sterilised”. Kenapa? Salah satu perubahan yang seringkali berlaku pada kucing yang dimandulkan ialah metabolisme si kucing akan menurun yang boleh menyebabkan keperluan kalori harian mereka menurun dari sebelumnya.

Sekiranya mereka diberi makanan yang sama selepas dimandulkan dengan kuantiti yang serupa, berkemungkinan besar kucing tersebut akan meningkat berat badannya. Peningkatan berat badan ini yang perlu dielakkan disebabkan kucing yang gemuk/obes lebih berisiko mendapat penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit sendi, dan berisiko tinggi mendapat masalah saluran urinari.

Sebagai salah satu jenama yang pakar dalam pemakanan haiwan peliharaan, Royal Canin memahami setiap keperluan berbeza bagi setiap jenis kucing. Oleh itu, produk makanan ROYAL CANIN FHN Sterilised yang dikhususkan untuk kucing yang telah dimandulkan.

Apa kata Dr. Kavindaran tentang produk makanan ini?

Dr. Kavindaran: ROYAL CANIN FHN Sterilised merupakan salah satu makanan khas untuk kucing yang sudah dimandulkan. Keistimewaan selari dengan perubahan-perubahan yang bakal berlaku pada kucing yang sudah pun dimandulkan.

Salah satunya, risiko peningkatan berat badan disebabkan oleh diberi makanan berkalori tinggi. Risiko ini dikurangkan dengan ciri-ciri makanan ini yang mempunyai kandungan kalori yang kurang tetapi isipadu makanan tersebut sama seperti makanan biasa.

Dengan ini, berat badan kucing lebih senang untuk dikawal walaupun kuantiti/berat makanan yang diberi lebih kurang sama sebelum dimandulkan.

Selain itu, makanan ini dirumus khas untuk mengurangkan risiko mendapat masalah saluran urinari. Ini disebabkan, kucing yang dimandulkan yang seringkali disimpan atau dijaga di dalam pekarangan rumah, berisiko sedikit mendapat masalah saluran kencing disebabkan mereka tidak membuang air kecil sekerap kucing yang berkeliaran di luar.

Kandungan protein dalam makanan ini pun sesuai untuk memastikan tubuh badan dan jisim otot-otot mereka dijaga baik.

Dr. Kavindran merupakan seorang doktor veterinar yang bertauliah

jaga
Dr. Kavindaran Krisnasamy
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!