Susah Tidur Malam? Ini 5 Perkara Korang Kena Elakkan );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Kesihatan

Susah Tidur Malam? Ini 5 Perkara Korang Kena Elakkan

Ain Huda
Share

Insomnia adalah masalah susah tidur. Paling kritikal orang yang menghidapi insomnia ni, mampu tidur dalam beberapa minit saja. Kesiankan, mesti esok pagi tak bermaya je.

Sebelum korang mengalami masalah ini, elakkan beberapa perkara yang membuatkan korang susah nak tidur. Tidur ni penting tau, badan dan otak tidak boleh bekerja 24 jam. Bagi masa rehat yang berkualiti untuk meneruskan hari korang dengan cergas. Kalau asyik mengantuk dekat pejabat, dapat warning letter baru tahu!

Aktiviti Petang

Selalu tak korang rasa kalau tidur petang, malam susah nak tidur? Haa, sebab dah cukup tidur pada siang hari. So, untuk memudahkan tidur korang, lakukan riadah petang. Bersama anak-anak ke bersenam ke confirm malam korang rasa penat dan senang nak tidur.

Tempat Tidur Selesa

Tak bestkan kalau bilik panas, cadar tak tukar atau bantal berbau. Memang takkan lena tidur korang. Faktor persekitaran sangat mempengaruhi kualiti tidur. Pastikan tempat tidur, katil dan bilik korang dalam keadaan yang sangat selesa untuk tidur. Sekurang-kurangnya dua minggu sekali tukar cadar. Rajin-rajinlah sikit baru sedap tidur.

Sentiasa berfikir

Susah tidur sebab sselalu berfikir. Ada yang memberi tips kalau tak dapat tidur, korang kena berangan. Tapi sebenarnya berangan menggunakan otak menyebabkan lagi susah nak tidur. Untuk memudahkan untuk lena, kosongkan fikiran, tenang dan pijam mata. Jangan banyak fikir!

Jangan Minum Kafein

Sebelum tidur seboleh-bolehnya, jangan minum kafein. Ia mengaktifkan rangsangan otak dan sistem saraf. Elak minum kafein sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur. Dan paling penting jangan makan makanan berat! Dahlah tak boleh tidur, gemuk pula. OMG!

Gadjet

Dalam banyak-banyak sebab, inilah sebab utama kenapa susah sangat nak dapat tidur lena. Handphone tu kalau tak sampai jatuh ke muka, korang takkan tidur. Elak mengadap handphone 30 minit ke sejam sebelum tidur. Mata korang akan mengantuk sendiri. Jangan check Twitter, tengok movie atau apa-apa sebelum lelap. Bagi mata dan otak korang rehat juga. Okay?

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!