Ketahui 4 Perkara Penting Sekiranya Anda Dicakar Kucing );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Ketahui 4 Perkara Penting Sekiranya Anda Dicakar Kucing

Share
Kucing

Pemilik kucing pasti sudah lali dicakar kucing peliharaan dan mungkin bagi anda ianya merupakan perkara biasa yang tak perlu dirisaukan.

Tanpa kita sedari, cakaran si meow sebenarnya boleh meninggalkan kesan penyakit merbahaya pada sesiapa yang terkena.

Satu kesilapan besar sekiranya anda memandang rendah terhadap perkara ini kerana ianya boleh terjadi pada semua orang tanpa mengenal usia dan jantina.

Berikut merupakan 5 perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda dicakar kucing.

 

Bakteria Bartonella Henselae

cakar

Kajian mengatakan kucing merupakan pembawa bakteria jenis Bartonella Henselae dan kira-kira 40% daripadanya merupakan pembawa bakteria ini.

Sekiranya anda dicakar kucing, bakteria ini dikhuatiri boleh menjangkiti anda melalui kesan luka dan penyakit ini dikenali sebagai Cat Scratch Fever.

cakar

Jika tidak dirawat, dalam masa tiga ke empat belas hari, luka akan bertukar merah, bengkak, panas dan kemudiannya akan menyebabkan nanah yang sangat menyakitkan.

Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin akan demam sehingga menggigil dan hilang selera makan akibat kesan daripadanya.

 

Rawatan Perlu Dilakukan

cakar

Sekiranya kesan cakar yang ditinggalkan kucing tidak terlampau dalam, anda bolehlah merawatnya sendiri di rumah dengan menggunakan peti keselamatan dengan cara yang betul.

Berikut merupakan langkah dan cara yang boleh anda ikuti untuk merawat luka sekiranya dicakar kucing.

  1. Sekiranya berdarah, hentikannya dengan menekan di bahagian luka untuk beberapa saat.
  2. Tekan kesan calar kucing dengan lembut dan berhati-hati untuk memudahkan kotoran atau bakteria keluar dari kulit.
  3. Setelah berhenti, bersihkan luka segera dengan air dan sabun. Biarkan air mencuci selama beberapa minit untuk menghilangkan bakteria atau serpihan kuman dari kuku kucing.
  4. Keringkan kulit anda dengan lembut menggunakan tuala.
  5. Sekiranya tiada air, cuba sterilkan luka menggunakan antiseptik bebas alkohol. Elakkan menggunakan alkohol untuk membersihkan luka kerana boleh memudarat dan menyebabkan kesan luka yang lebih teruk.
  6. Sapukan krim antibiotik seperti bacitracin atau gentamicin pada kawasan kulit yang digaru oleh kucing untuk mengelakkan jangkitan selanjutnya. Anda boleh dapatkan krim antibiotik ini di farmasi.
  7. Biarkan luka kering seketika dan kemudian, buat balutan bandage di sekeliling kawasan luka.

 

Awas Kucing Terkena Jangkitan Rabies

cakar

Sekiranya kucing yang mencakar ataupun menggigit anda mempunyai tanda-tanda jangkitan rabies, segera ke klinik untuk dapatkan rawatan pakar.

Ciri-ciri kucing dijangkiti rabies adalah seperti air liur sering berbuih, demam, bertindak agresif dan mengalami luka di bahagian kaki.

Perlu diketahui, rabies boleh mengakibatkan serangan saraf dan membawa maut pada manusia.

Dengan rawatan perubatan melalui pemberian vaksin rabies atau suntikan imunoglobulin, anda dapat mencegah jangkitan virus berkenaan.

 

Cara Mengelakkan Diri Daripada Dicakar Kucing

cakar 

Meskipun anda memiliki haiwan peliharaan kucing, namun ianya tidak menjamin anda daripada dicakar kerana mood si meow sentiasa berubah dan sukar diramal.

Elakkan daripada bersikap kasar dan garang terhadap mereka kerana ia boleh mendatangkan kesan tindak balas yang sama daripada mereka.

Si meow pun ada hati dan perasaan, mereka pun tahu memberontak sekiranya dikasari

Selain itu, pastikan kucing anda sentiasa dalam keadaan bersih dan jauh daripada sebarang jangkitan kuman.

Sebaiknya, kucing anda perlu disuntik vaksin secara berkala bagi membendung daripada jangkitan penyakit rabies.

Walaupun perkara ini nampak ringan dan kurang mendatangkan kesan bahaya, perkara-perkara di atas patut diambil tahu oleh semua orang terutamanya buat pencinta kucing.

cakar

Sedangkan watak adiwira Fury dari filem Avengers pun boleh buta sebelah matanya dicakar kucing, apatah lagi kita kan?

 

Sumber: hellodoktor

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!