7 Perkara Penting Kalau Pelihara Kucing, Bukan Bagi Makan Je );

Type to search

Haimeow Kesihatan

7 Perkara Penting Kalau Pelihara Kucing, Bukan Bagi Makan Je

Share

Sejak kebelakangan ini ramai yang mula memelihara kucing. Harap-harap ia bukan hanya trend sahaja, kalau dah jaga pastikan jaga dengan sempurna dan jangan abaikan si bulus itu. Menjaga kucing sangat baik untuk menjadi terapi diri, menghilangkan stress, mengajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Untuk menjaga seekor kucing mungkin anda boleh handle dengan baik, bayangkan jika anda mempunyai lebih dua ekor kucing. Mesti kelam-kabut. Tapi kalau pelihara kucing, jangan kedekut! Mungkin ia memberi kebaikan yang berganda kepada anda. Inilah tujuh perkara yang anda perlu ambil kira apabila memelihara si bulus di rumah.

Pengudaraan

Rumah anda perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik bila memelihara kucing. Ini penting untuk mengelakkan rumah berbau, tidak selesa dan habuk. Jika anda mengambil ringan mengenai perkara ini, ia boleh membawa penyakit kepada anda pula. Jadi, hati-hati ya! Pastikan semuanya selamat untuk memelihara kucing.

Kebersihan

Selain menjaga kebersihan tempat kucing anda, rumah anda juga perlu sentiasa bersih. Jangan biarkan berbau dan bulu kucing melekat merata tempat. Bersihkan rumah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, mop, sapu atau vakum. Karpet, langsir, perabot juga perlu bersihkan secara harian.

Perubatan

Yang wajib adalah vaksin dan deworm. Dua rawatan ini sahaja boleh mencecah ratusan ringgit untuk seekor kucing. Bagaimana jika ada jangkitan kutu, penyakit lain dan sebagainya? Tapi kalau dah sayangkan si bulus, apa pun sanggup, kan?

Shampo

Tak perlu ke kedai peliharaan untuk grooming si bulus tu. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah, untuk grooming rapi dan spa bolehlah sekali-sekala ke kedai. Untuk memandikan kucing, potong kuku dan bersihkan mata, telinga, hidung anda boleh buat sendiri. Bersihkan dengan kerap untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan.

Penyediaan Makanan

Kalau sudah membela kucing, mestilah wajib menyediakan makanan. Pastikan kualiti makanan terjamin untuk menjaga tahap kesihatan kucing. Jenis baka juga mempengaruhi diet kucing. Sebaiknya sediakan makanan basah dan kering. Hidangkan makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu untuk elak kucing dari bosan makan makanan kering setiap hari.

Pasir

Tandas si bulus pun penting ya. Jangan sesekali abaikan perkara ini, nanti dia membuang atas sofa, atas karpet baru tahu! Keluarkan sedikit bajet untuk beli pasir yang berkualiti tinggi, tidak berbau dan menggumpal bahan buangan. Anda tidak susah untuk membersihkan dan buang nanti.

Perhatian

Si bulus memang terkenal dengan sifat manja walaupun muka mereka seperti sentiasa menyampah tengok anda. Sebenarnya si bulus sangat memerlukan perhatian. Mereka juga pandai merajuk dan mogok jika tidak dilayan dengan elok. Bawalah ke taman untuk bermain, luangkan masa untuk berbual dan sediakan tempat bermain di dalam rumah supaya tidak bosan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!