Ada Kucing Di Rumah? Elakkan Daripada Menanam Pokok-Pokok Ini Yang Berbahaya Kepada Si Bulus );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Ada Kucing Di Rumah? Elakkan Daripada Menanam Pokok-Pokok Ini Yang Berbahaya Kepada Si Bulus

Share
kucing

Walaupun kucing adalah haiwan karnivor, mereka juga kadang kadang gemar mengunyah tumbuh-tumbuhan.

Terdapat pelbagai teori mengapa mereka melakukan sedemikian. Ada yang berpendepat mereka saja mengunyah tumbuh-tumbuhan kerana mahu merasakan tekstur yang berlainan dalam mulut mereka atau tertarik dengan daun berkenaan.


Baca Juga: Nak Tahu Kucing Rindukan Kita Ataupun Tidak? 4 Tanda Si Meow Sangat Merindui Anda


Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah disebabkan untuk meredakan kesakitan perut mereka, selain mahu membantu penghadaman. Yang pasti hanya kucing yang tahu sebab yang sebenar.

Tetapi tidak semua tumbuhan selamat pada kucing. Hal ini boleh mengundang bahaya kepada kesihatan mereka jika tanaman yang ada di dalam rumah anda mengandungi toksik yang berbahaya kepada si bulus.

Antara tumbuhan yang sering ditanam di rumah yang berbahaya kepada kucing ialah:

  1. Bunga lili
  2. Lidah buaya
  3. Dracaena
  4. Autumn crocus
  5. Marijuana
  6. Bunga daffodil
  7. Kalanchoe
  8. Bunga kertas
  9. Pokok sagu
  10. Tulip
  11. Duit-Duit

Simptom jika si bulus keracunan

Oleh kerana banyak tumbuhan adalah perengsa, kebanyakan simptom yang dilihat adalah hasil daripada kerengsaan atau keradangan, seperti kemerahan, bengkak atau kegatalan pada mata, kulit atau mulut.

Apabila bahagian saluran gastrousus yang lebih dalam, seperti perut dan usus, merengsa, ia mungkin boleh menyebabkan si bulus muntah-muntah dan cirit-birit.

Jika toksik secara langsung mempengaruhi organ tertentu, gejala yang dilihat adalah berkaitan dengan organ tersebut. Sebagai contoh:

Kesukaran bernafas (jika saluran pernafasan terjejas)
Air liur meleleh atau sukar menelan (jika mulut, tekak atau esofagus terjejas)
Muntah-muntah (jika perut atau usus kecil terjejas)
Cirit-birit (jika usus kecil atau kolon terjejas)
Minum dan membuang air kecil secara berlebihan (jika buah pinggang terjejas)
Degupan jantung yang cepat, perlahan atau tidak teratur, serta berasa lemah (jika jantung terjejas)

Jika kucing anda mempunyai salah satu simptom yang menunjukkan ia keracunan, segera bawanya berjumpa doktor haiwan sebelum ia menjadi lebih teruk.

Sumber: PetMD
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!