Saintis Nasihat Pemilik Kucing Yang Dijangkiti Covid Supaya Elak Dari Bulus Mereka Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Saintis Nasihat Pemilik Kucing Yang Dijangkiti Covid Supaya Elak Dari Bulus Mereka

Share
Kucing Covid-19

Saintis Belanda menasihati orang ramai yang dijangkiti virus Covid-19 supaya mengelak daripada bersama kucing atau anjing peliharaan mereka.

Mereka mendapati bahawa virus berkenaan boleh tersebar daripada pemilik kepada kucing dan anjing peliharaan mereka.

Dr Els Broens, dari Universiti Utrecht, berkata: “Sekiranya anda mempunyai Covid-19, anda harus elakkan kontak bersama kucing atau anjing anda, sama seperti yang anda lakukan dengan orang lain.

“Perkara yang menjadi kebimbangan bukanlah kesihatan haiwan tersebut – kerana mereka tidak bergejala atau bergejala ringan – tetapi potensi risiko haiwan peliharaan dapat bertindak sebagai ‘simpanan’ virus dan memperkenalkannya semula ke dalam populasi manusia.

Mujur setakat ini tidak ada kes penularan daripada haiwan ke manusia yang dilaporkan. “Jadi, walaupun terdapat penyebaran yang tinggi dalam kalangan haiwan peliharaan di dalam keluarga yang positif Covid-19 dalam kajian ini, haiwan peliharaan nampaknya tidak memainkan peranan dalam pandemik ini,” kata beliau.

Penyelidikan yang diketuai oleh beliau itu telah dibentangkan di Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ECCMID) tetapi masih belum diterbitkan dalam jurnal.

Els dan rakannya menganalisis keputusan ujian PCR daripada 156 ekor anjing dan 154 ekor kucing dari 196 isi rumah. Enam ekor kucing dan tujuh ekor anjing (4.2%) positif ujian tersebut, dan 31 kucing serta 23 anjing (17.4%) diuji positif antibodi.

Lapan ekor kucing dan anjing yang tinggal di rumah yang sama dengan haiwan peliharaan yang positif PCR juga diuji untuk kali kedua untuk memeriksa penularan virus di antara haiwan peliharaan.

Bagaimanapun, tiada seekor pun dari mereka yang diuji positif, menunjukkan virus itu tidak disebarkan antara haiwan peliharaan yang hidup bersama-sama.

Kucing

Sementara itu, satu kajian berlainan yang turut dibentangkan di ECCMID menunjukkan bahawa kucing yang tidur di katil pemiliknya yang dijangkiti Covid-19 mungkin berisiko mendapat virus tersebut.

Profesor patologi veterinar dari University of Guelph di Kanada, Dorothee Bienzle, yang mengemukakan hasil kajian itu mengatakan bahawa individu yang dijangkiti virus berkenaan berisiko besar menyebarkannya kepada haiwan peliharaan mereka.

“Kucing, terutamanya yang tidur di tempat tidur pemiliknya, amat mudah diserang. Oleh itu, jika anda mempunyai Covid-19, saya sarankan agar anda menjauhkan diri dari haiwan kesayangan anda – dan menjauhkannya dari bilik tidur anda. “

Beliau turut menasihati supaya menjauhkan haiwan peliharaan yang telah dijangkiti virus corona dari orang dan haiwan peliharaan lain.

“Walaupun bukti bahawa haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus ke haiwan lain adalah terhad, ianya tidak boleh dikecualikan. Begitu juga, walaupun binatang peliharaan belum terbukti dapat menyebarkan virus ini kepada manusia, kemungkinannya tidak boleh diketepikan sepenuhnya,” jelas beliau.

Sumber: Guardian
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!