Ini 4 Sebab Kenapa Si Bulus Perlu Memanjat );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Ini 4 Sebab Kenapa Si Bulus Perlu Memanjat

Share
memanjat

Memanjat dan melompat merupakan satu ‘habit’ semulajadi bagi kucing.

Namun, bagi kebanyakan mereka yang dipelihara di rumah, lokasi tertinggi di kawasan mereka hanyalah kerusi, sofa, perabot dan tingkap rumah.

BACA JUGA: Kucing Sebenarnya Dengar & Tahu Kita Panggil Mereka, Tapi Kenapa Mereka Tidak Menyahut?

Jadi, penulis akan terangkan 4 sebab mengapa si bulus sangat memerlukan pokok kucing, rak, tempat duduk atau tempat yang lebih tinggi ketika berada di rumah.

1. Senaman

Tindakan memanjat dan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain adalah latihan yang hebat, tetapi tidak semua boleh dipraktikkan.

Apabila anda bermain dengan si bulus, berada di permukaan yang rata agak membosankan mereka. Jika anda menambahkan kotak kadbod sekaligus akan meningkatkan kualiti permainan dengan ketara.

Tetapi sekiranya anda mempunyai pokok kucing, rak, atau rumah kucing, tempat tersebut akan menjadi taman permainan dan gim bagi kucing.

2. Keyakinan

Tidak semua kucing dilahirkan dengan daya keyakinan yang tinggi. Keyakinan yang dimaksudkan adalah dari segi pembawakan diri si buluk bersama pemilik.

Bagaimana keadaan si bulus apabila berhadapan dengan orang lain atau kucing lain? Kucing yang kurang keyakinan atau jenis penakut memerlukan ruang dan tempat sekeliling mereka dengan lebih besar dan luas.

Bermula daripada ketinggian dan pemerhatian mereka, sedikit demi sedikit rasa takut mereka mula hilang, dan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan apa sahaja objek di dalam rumah semakin bertambah.

3. Keamanan

Adakah anda mempunyai lebih daripada satu kucing? Kucing yang sentiasa bergaduh dan membenci antara satu sama lain, tidak akan berkongsi ruang yang sama.

Jika ruang di dalam rumah terhad, sediakan rak kucing yang boleh dipasang pada bahagian dinding dengan ketinggian yang sesuai.

Melaui penambahan ruang dan ketinggian, si bulus anda tidak akan bergaduh dan mempunyai masa untuk diri mereka sendiri tanpa perlu risau akan ada ancaman lain.

4. Pandangan jauh

Beberapa tujuan akan dapat dicapai apabila pelbagai jenis cabaran yang disediakan buat mereka.

Ketinggian yang membolehkanb kucing anda menjadi pemerhati bebas, apa yang anda sedang lakukan dan jika diletakkan dengan betul, ia juga memberikan pandangan luaran rumah yang bagus. Jadi, tidaklah kucing anda berasa bosan dan sunyi berada di dalam rumah.

Jadi, bagaimana anda ingin memberi peluang memanjat untuk kucing anda?

Cara yang paling mudah tentunya dengan menambah pokok kucing dan rak kucing di bahagian dinding rumah anda.

Dalam dunia ideal, setiap bilik sepatutnya mengandungi sekurang-kurangnya satu pokok kucing, dan barang-barang lain untuk kucing anda bermain. Beraktiviti bagus untuk kesihatan kucing anda.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!