Persediaan Tempat Sebelum Si Bulus Melahirkan Anak );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Persediaan Sebelum Si Bulus Melahirkan Anak

Share

Kucing yang hampir beranak akan menunjukkan beberapa tanda yang jelas. Kucing jalanan, mungkin mampu mencari tempat perlindungan yang selamat. Tetapi kucing yang sentiasa berada di dalam rumah akan mencari tempat sesuai seperti dalam almari, dalam tandas, rak kasut dan macam-macam tempat yang anda perlu bersihkan selepas proses beranak.

Untuk mengelakkan kejadian si bulus beranak dalam almari anda, ketahui perkara yang anda perlu sediakan sebelum si bunting lalui proses kelahiran. Walaupun kucing bersifat berdikari dan mampu menguruskan dirinya sendiri, tetapi sebagai tuan kucing perlu sediakan kelengkapan untuk si bulus.

Tanda-Tanda Awal

Perhatikan tanda-tanda awal kucing untuk beranak. Dalam masa 24 jam, si bulus akan menunjukkan tanda seperti perubahan sikap dan fizikal. Bulu akan gugur lebih banyak, kerap buang air kecil, berjalan ke hulur-hilir, selalu membersihkan diri terutama di bahagian punggung. Perubahan fizikal selain di bahagian perut yang sarat membawa anak, si bulus akan mengalami puting susu yang semakin membesar dan kemerahan. Kucing akan hilang selera makan kerana lebih fokus untuk beranak.

Persediaan Penting

Untuk melancarkan proses bersalin, sediakan tempat yang sesuai untuk si bulus seperti dalam sangkar atau kotak. Pastikan ada kain dan tutup sangkar. Jadikan tempat beranak sedikit gelap dan si bulus rasa selamat. Tempat yang disediakan sebaiknya bersuhu 22 darjah celsius dan 65% hingga 70% kelembapan untuk mengurangkan risiko hipotermia.

Makanan Tambahan

Disebabkan bulu si ibu bunting selalu gugur, sediakan makanan yang mempunyai zat dan nutrisi tambahan supaya dapat membantu ketahanan tubuh kucing. Sediakan makanan yang membantu menguatkan tulang, gigi dan sihatkan bulu. Sedikan makanan berkualiti yang mempunyai protein yang tinggi sesuai untuk kucing.

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!