Kucing Buncit Tanda Hamil? Jangan Tertipu, Si Meow Sebenarnya Boleh Mengalami Kehamilan Palsu );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Buncit Tanda Hamil? Jangan Tertipu, Si Meow Sebenarnya Boleh Mengalami Kehamilan Palsu

Share
kehamilan

Kucing mengandung sememangnya satu saat yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta kucing terutamanya buat si pemilik.

Kebiasaannya, perubahan saiz perut si meow akan menjadi tanda ukur untuk kita menganggarkan bahawa mereka sememangnya sedang hamil.

Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa si meow mungkin mengalami kehamilan palsu kerana saiz perut yang membesar juga boleh ditafsir sebagai satu penyakit.

kehamilan

Kucing anda mungkin mengalami kehamilan palsu atau dalam bahasa saintifiknya, pseudopregnancy, di mana kucing yang kelihatan seperti sedang mengandung tetapi sebenarnya tidak.

Berdasarkan Pet MD, ketidakseimbangan hormon memainkan peranan penting dalam kehamilan palsu. Kucing betina yang mengalami kehamilan palsu menunjukkan simptom ini kira-kira sebulan atau dua selepas estrus atau tempoh estrus tamat.

 

Tanda Kucing Hamil Palsu

kehamilan

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kucing peliharaan anda mengalami hamil palsu, antaranya seperti berikut:

  1. Perubahan dalam tingkah laku
  2. Kebimbangan kembung perut
  3. Pembesaran kelenjar susu
  4. Kemurungan
  5. Hilang selera makan
  6. Cairan berair berwarna coklat atau titisan  berair daripada kelenjar susu

 

Punca Kucing Bunting Palsu

Punca sebenar situasi ini berlaku masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon, terutamanya progesteron dan prolaktin, dianggap memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.

 

Perkara Yang Perlu Dilakukan

Kebiasaannya, tempoh kehamilan palsu tidak melebihi 4 minggu. Sepanjang tempoh ini, perhatian dan kasih sayang harus diberikan sepenuhnya kepada si meow. Berikan perhatian lebih pada proses penyusuan kucing dan usaha untuk menghentikan pengeluaran susu si meow perlu dilakukan.

Kurangkan produk tenusu dan makanan kaya karbohidrat dalm diet pemakanan si meow. Urut kelenjar susu ibu juga akan membantu. Untuk melakukan ini, anda boleh menggunakan gel khusus, krim dan salap untuk mengurangkan laktasi.

kehamilan

Sekiranya perut kucing anda kelihatan agak besar, perlu diingati bahawa ianya bukan sahaja petanda si meow sedang mengandung ye..

Ianya boleh membawa kepada akibat yang tidak menyenangkan dan juga kanser pada kelenjar susu si meow.

Sebaiknya, dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar vet sekiranya kucing anda mengalami masalah hamil palsu.

 

 

[Sumber: dawiscats]

 

Baca Juga: Kucing Pun Boleh Kentut? Ketahui Mengapa Ianya Terjadi & 4 Langkah Atasi Masalah Ini

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!