Mitos Susu Beri Khasiat Pada Kucing, Ini 3 Perkara Perlu Anda Tahu );

Type to search

Mitos Susu Beri Khasiat Pada Kucing, Ini 3 Perkara Perlu Anda Tahu

Haimeow Kesihatan

Mitos Susu Beri Khasiat Pada Kucing, Ini 3 Perkara Perlu Anda Tahu

Share
susu

Seperti umum ketahui kucing amat menggemari susu sebagai minuman kegemaran dan ‘mitos’ ini telah lama bermain dalam fikiran setiap pemilik haiwan comel ini.

Lihat sahaja siri kartun Tom & Jerry yang cukup terkenal suatu ketika dahulu. Bagi mereka yang pernah menontonnya pasti tahu akan watak si kucing yang bernama Tom sangat meminati minuman susu.

Ianya secara tidak langsung telah menanam pemahaman terhadap diri kita bahawa susu berkhasiat untuk kucing walhal perkara itu sama sekali tidak benar.

susu

1 – Sebenarnya kucing sukakan krim daripada susu kerana ianya cukup berlemak untuk dinikmati. Macam budak-budak sukakan manisan. 

Minuman susu diklasifikasikan sebagai laktosa manakala seekor kucing pula bersifat lactose intolerance. Rata-rata kucing tidak mempunyai tindak balas penghadaman terhadap laktosa seperti manusia.

2 – Ini bermaksud kucing tidak mampu untuk menghadam laktosa kerana kekurangan enzim laktosa yang terdapat dalam susu.

Maka dengan itu, sekiranya kucing minum susu, minuman itu tidak dapat dicernakan dan segala bakteria yang terdapat padanya akan diserap ke bahagian usus dan menghasilkan asid lemak yang tidak menentu.

Ini akan mengakibatkan si bulus anda muntah, sakit perut dan kebiasaannya akan cirit birit.

susu

Susu lembu dan susu sejat adalah dilarang sama sekali ye!

Apabila dikatakan minuman susu dilarang untuk kucing, maka segala jenis susu perlulah dijauhkan daripada mereka tanpa mengira jenama susu berkenaan sama ada ianya Enfragrow A+, Dutch Lady ataupun susu kegemaran ramai HL dan Farm Fresh, sedarlah bahawa semua susu berkenaan telah di formulasikan khas untuk manusia sahaja.

Susu bukanlah sebahagian daripada pemakanan penting yang diperlukan oleh kucing, sebaliknya pemakanan seperti wet food ataupun jenis kibbles merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh pemilik kucing.

Hanya anak kucing sahaja yang digalakkan untuk meminum susu. Sekiranya ketiadaan ibu susuan, maka anda perlu dapatkan nasihat daripada pakar tentang susu yang bersesuaian dengan anak kucing.

3 – Boleh juga rujuk dekat kedai haiwan peliharaan untuk mendapatkan jenama susu yang sesuai untuk anak kucing. Penulis sarankan untuk beli Parie Goat Milk Powder, Midalac Goat Milk for Cats & Kittens dan Kitty’s Milk.

Masih beri susu lembu yang sesuai untuk manusia pada kucing kesayangan di rumah? Ada juga kucing yang mempunyai masalah pencernaan dan sakit perut setelah menikmati krim. Jalan terbaiknya, elakkan terus dari memberi kucing anda susu lembu.

Sumber: pets.webmd & themamamiow.com

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!