5 Tanaman Herba Semula Jadi Sesuai & Bagus Untuk Si Comel Anda

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

5 Tanaman Herba Semula Jadi Sesuai & Bagus Untuk Si Comel Anda

Share
tanaman

Kucing anda sering sakit? Rawatan di klinik vet pula menelan kos yang tinggi? Ubat-ubatan sedia ada mahal serta faktor kekangan masa? 4 perkara ini pasti bermain dalam fikiran setiap pemilk kucing bila si comel jatuh sakit.

Pernah tak dengar rawatan tradisional berasaskan herba atau tanaman?

Sebagai pencinta kucing, penulis faham apa yang anda rasa dan lalui setiap kali ingin membawa si meow yang sakit ke klinik haiwan.

Memang menjadi satu kewajipan untuk kita merawat kucing yang sakit di klinik tetapi tahukah anda bahawa selain daripada ubat-ubatan dari doktor pakar, anda juga boleh cegah si bulus anda daripada dijangkiti penyakit melalui tanaman herba.

Jangan ingat tanaman herba ni bagus untuk manusia je tau, kucing pun akan terima kebaikan yang sama tetapi ia bergantung pada jenis tumbuhan apa yang anda berikan.

Berikut merupakan lima jenis tumbuhan herba semulajadi yang boleh ditanam di rumah untuk kebaikan kucing anda.

 

Goldenseal

tanaman

Herba ini sangat berguna untuk merawat luka pada kucing dan juga sangat membantu dalam mengurangkan bengkak mata akibat daripada jangkitan kuman dan alergi.

Menurut pakar, titik cairan daripada tanaman goldenseal dapat meredakan penyakit seperti leukemia dan masalah penghadaman pada si kucing anda.

Kucing kebiasaannya akan cenderung untuk menggosokkan leher ataupun badan mereka pada daun ini dan akan menjadikannya sebagai makanan ringan bila memerlukannya.

 

Catnip

tanaman

Tumbuhan ini antara yang paling digemari oleh kucing kerana dikatakan boleh membawa kegembiraan dan keceriaan pada mereka.

Sekiranya anda sering meletakkan kucing di dalam sangkar, penulis mencadangkan anda untuk hiaskan tanaman ini di dalam sangkar mereka kerana ia boleh menghilangkan tekanan dan stress pada si meow.

Bau-bauan dan tekstur yang ada pada daunnya akan membuatkan si meow berasa selesa dan nyaman selalu.

Selain itu, tumbuhan ini juga mengandungi zat jenis terpenoid yang bagus untuk bauan kucing, sehingga menimbulkan kesan halusinogenik.

Ianya sekaligus dapat merangsang hormon kucing dan menjadikannya lebih bahagia dan kurang tekanan.

 

Valerian

tanaman

Tanaman yang mempunyai bau yang kuat ini kebiasaannya dijadikan sebagai ‘sleep inducer’ buat manusia terutamanya di dalam semburan minyak wangi.

Namun ia sama sekali berbeza buat si meow. Kucing akan menjadi lebih aktif dan bersemangat sekiranya diberi makan tumbuhan jenis ini.

Sekiranya kucing anda jenis pemalas dan mempunyai berat badan berlebihan, berikan saja mereka daun tumbuhan ini.

Pasti mereka lebih bersemangat dan siapa tahu kalau ia boleh kembalikan mereka pada berat badan yang normal?

Belum cuba belum tahu kan?

 

Chamomile

tanaman

Penggemar minuman teh pasti tidak asing dengan chamomile tea yang bukan sahaja berbau wangi, malah mempunyai rasa yang sedap dan sangat berbeza dengan teh o biasa.

Siapa sangka tanaman Chamomile ini sangat bagus dalam merawat kegatalan pada kulit kucing dan juga mampu merawat sakit perut mereka.

Walaubagaimanapun, tumbuhan ini tidak boleh dimakan mereka begitu sahaja. Seeloknya, dapatkan nasihat dan langkah penyediaan yang betul dari doktor pakar terlebih dahulu .

 

Peppermint

tanaman

Tumbuhan ini sangat berguna dalam menghalau haiwan serangga nyamuk dan semut halus pada si meow anda.

Kita sedia maklum bahawa makanan kucing sama ada jenis wetfood ataupun kibbles, masing-masing mempunyai bau yang kuat dan sangat digemari haiwan serangga.

Bagi mengelakkan bekas makanan mereka dihurung semut dan lalat, letakkan tanaman ini di dalam pasu kecil dan hiaskan di sekitar tempat makan mereka.

Baru la tak bersemut dan kotor bekas makanan si bulus anda!

 

Sumber: bibitbunga

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!