6 Tanda Kucing Betina Dalam Fasa Mengawan );

Type to search

Haimeow Kesihatan

6 Tanda Kucing Betina Dalam Fasa Mengawan

Share
Kucing

Kucing betina akan memasuki fasa mengawan atau ‘in heat’ apabila telah mencecah usia baligh, kebiasaannya sekitar usia enam bulan.

Tempoh ini kebiasaannya berlangsung kira-kira empat ke lima hari. Jika ia tidak bunting ketika tempoh ini, kucing akan melalui fasa mengawan lagi dalam dua ke tiga minggu akan datang.

Kucing betina  akan menunjukkan perubahan sifat ketika sedang dalam fasa mengawan. Jika kucing betina anda belum dimandulkan dan sudah mencecah usia baligh serta ada tanda-tanda di bawah, kemungkinan besar ia sedang dalam fasa mengawan.

 

1. Mengiau Dengan Kuat Dan ‘Pelik’

Kucing yang sedang dalam fasa mengawan akan mengiau lebih kuat dan bunyinya sedikit berbeza daripada kebiasaannya, mungkin kedengaran seperti ia sedang dalam kesakitan. Ini adalah caranya untuk menarik kucing-kucing jantan untuk mengawan.

 

2. Terlebih Manja

Jika kucing anda tiba-tiba menjadi ‘clingy’ dan sentiasa mahu dimanja dan dibelai, ini adalah salah satu ia sedang dalam fasa mengawan. Ia juga akan menggosok-gosok kepalanya lebih kerap pada anda dan di setiap tempat seperti perabot dan dinding untuk meninggalkan bau.

 

3. Posisi ‘Sentiasa Bersedia’

Jika anda membelainya, ia akan baring dalam posisi ingin mengawan: bahagian kepala ke bawah dan menaikkan bahagian pinggulnya seperti sudah bersedia untuk mengawan.

4. ‘Pancut’ Merata-rata

Ketika sedang dalam fasa mengawan, air kencing kucing betina akan mengeluarkan aroma estrogen yang kuat. Jadi ia akan kencing merata-rata untuk menarik kucing jantan mengawan.

 

5. Menjilat Dengan Kerap Di Kawasan Sulit

Kucing akan kerap menjilat bahagian sulitnya dan akan kelihatan seperti membengkak. Tetapi jika kucing anda menjilat bahagian sulitnya tanpa tanda-tanda mengawan yang lain, ia berkemungkinan diserang penyakit saluran kencing. Bawanya berjumpa doktor haiwan dengan segera.

 

6. Sentiasa Ingin Keluar

Bagi kucing indoor, mereka akan menunjukkan keinginan untuk keluar rumah dan akan melakukan pelbagai cara untuk ‘curi-curi’ keluar bagi mencari pasangan mengawan.

Apakah Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Kucing Anda Sedang Dalam Fasa Mengawan?

Kucing anda mungkin akan mengalami tekanan dan berasa gelisah ketika sedang dalam fasa mengawan. Adalah penting untuk memastikan kucing anda sentiasa tenang dan selesa dalam tempoh ini

Setiap kucing adalah berbeza, jadi sebagai pemilik kucing anda harus mengenal pasti sendiri cara untuk membantu kucing anda tenang.

Sebbahagian kucing mungkin lebih suka dibelai, disikat bulunya, dan diberi perhatian lebih. Bersenam juga dapat membantu untuk mengurangkan tekananan, jadi anda mungkin boleh bermain dengannya.

Ada juga kucing yang lebih suka ditinggalkan bersendirian dan bersembunyi ketika mereka berasa gelisah. Sekiranya kucing anda seperti ini, sediakan tempat yang selesa dan tersembunyi untuknya bersedirian.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!