8 Tanda Kucing Anda Dijangkiti Cacing );

Type to search

Haimeow Kesihatan

8 Tanda Kucing Anda Dijangkiti Cacing

Share
kucing

Antara kebimbangan utama pemilik kucing adalah jika si bulus diserang cacing.

Walaupun kita tidak pernah mengabaikan pemberian ubat cacing, kadang-kadang, si bulus tetap juga terkena jangkitan cacing.


Baca Juga: Anda Mempunyai Kucing Di Rumah? Jangan Abaikan 7 Perkara Ini Jika Mahu Si Bulus Hidup Sihat


Kucing yang diserang cacing akan menunjukkan tanda-tanda tertentu dari sudut fizikal dan kelakuannya.

Berikut adalah tanda-tanda si bulus yang diserang cacing.

 

1. Bulu tampak kusam dan kasar

Antara petanda jelas si bulus diserang cacing adalah perubahan yang terjadi pada bulu mereka. Bulunya akan menjadi kasar dan kusam walaupun diberi makanan yang bagus.

Hal ini terjadi kerana tubuhnya terhidrasi dan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan dengan baik akibat cacing yang terdapat dalam badannya.

 

2. Gusi terlihat tidak sehat

Gusi kucing yang sihat berwarna merah jambu seperti gusi manusia. Namun, apabila gusi si bulus berwarna putih atau pucat, kemungkinan ia diserang jangkitan parasit.

3. Terdapat cacing pada najisnya

Cacing juga boleh muncul pada najis kucing yang dijangkiti. Selain itu, jika najisnya berwarna gelap atau terdapat pendarahan, itu juga adalah salah satu tanda bahawa terdapat cacing di bahagian ususnya.

Jika si bulus anda mengalami cirit-birit lebih dari 24 jam, kemungkinan besar itu petanda bahawa ia diserang cacing.

 

4. Muntah-muntah

Jangkitan cacing juga menyebabkan si bulus muntah-muntah kerana ia menyebabkan iritasi di bahagian perutnya. Kadang-kadang, muntahnya juga akan keluar bersama-sama dengan cacing.

 

5. Nafsu makan turun

Si bulus yang diserang cacing cenderung untuk tidak mahu makan kerana ketidakselesaan di bahagian perut.

Nafsu makan berkurang juga boleh jadi akibat sakit perut, radang di bahagian selaput usus, atau dalam usus yang menjadi tempat tinggal cacing.

feline parvovirus kucing

6. Penurunan berat badan serta perut yang buncit

Apabila si bulus hilang nafsu makan, ia akan mengalami penurunan berat badan. Tetapi, ada juga kucing yang makan seperti biasa walaupun diserang cacing, tetapi berat badannya tetap turun kerana tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik.

 

7. Lesu, letih dan longlai

Jika si bulus tiba-tiba berubah menjadi tidak aktif dan sering tidur, ia juga boleh jadi disebabkan jangkitan kucing.

Ini kerana, ia kekurangan tenaga untuk bermain akibat nutrisi yang ‘dicuri’ oleh cacing di dalam badannya.

 

8. Menyeret punggung di karpet

Kucing yang dijangkiti cacing sering menyeretkan punggungnya ke karpet kerana berasa gatal dan tidak selesa.

Sumber: Kompas
Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!