Tanda-Tanda Kucing Sarat Mahu Melahirkan Anak, Pemilik Wajib Tahu );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Tanda-Tanda Kucing Sarat Mahu Melahirkan Anak, Pemilik Wajib Tahu

Share
melahirkan

.

Kucing merupakan haiwan yang sangat subur dan kerap mengandung. Anak kucing yang comel dan aktiv pastinya akan membuat satu rumah meriah dan bising.

Sebagai pemilik kucing, bukan sahaja makan minum mereka perlu dijaga, tetapi kucing betina yang mengandung juga perlu diambil berat dan perhatian yang banyak. Sama seperti manusia, proses melahirkan sangat memenatkan dan sakit.

Mari kita lihat, tanda-tanda kucing yang sedang sarat bakal melahirkan supaya anda tahu apa perlu dibuat saat menghadapinya.

melahirkan

1. Mencari tempat selesa dan tiada orang nampak

Jika anda sebagai manusia, pastinya saat melahirkan anda tidak mahu dilihat oleh orang lain bukan ? sama seperti kucing, kucing tidak suka orang ramai melihat saat kelahiran. Oleh sebab itu kucing akan mencari tempat yang selesa, sunyi dan tidak ramai orang supaya boleh melahirkan dengan senang. Selain itu, kucing akan memastikan bahawa tempat yang bakal dia melahirkan itu selamat dari bahaya yang bakal menimpa anaknya. Selalunya kucing akan mencari tempat seperti almari, bawah katil atau atas bumbung.

2. Kerap Tidur

Disaat-saat ingin melahirkan, kucing akan tidur dengan kerap hingga mencapai 10 jam sehari. Ini kerana kucing mahu mengumpul tenaga yang banyak saat melahirkan

3. Tiada selera makan

Jangan risau jika anda perasan kucing anda makin kurang makan. Ini ialah faktor perut berat yang dibawa kucing saat hamil dan menyebabkan nafsu makan kucing makin berkurangan.

melahirkan

4. Kerap menjilat badanya

Kucing yang mahu melahirkan akan kerap menjilat tubuhnya, ini kerana si kucing sedang merangsang hormon yang akan memudahkan proses melahirkan.

5. Kerap membuat bunyi

Jika kucing anda sudah membuat bunyi yang kerap, segera lah cari tempat yang selesa dan selamat untuk kucing anda melahirkan anaknya. Ini ialah salah satu cara kucing anda memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk melahirkan.

melahirkan

6. Air Ketuban Pecah

Jika anda sudah perasan ada cecair di tubuh kucing, itu petanda bahawa air ketubanya sudah pecah. Pastinya anak kucing tersebut akan lahir pada saat itu. Jadi bersedialah anda untuk bergelar bapa. 

7. Susah bergerak

Menjelang waktu kelahiran, kucing akan menjadi makin susah untuk bergerak. Ini kerana perutnya yang semakin membesar sehingga pergerakkanya terbatas. Bukan itu sahaja, perut kucing itu sendiri akan sering bergerak. Jika anda meletakkan tangan anda di perut kucing,pastinya anda dapat merasa pergerakkan anak di dalam perutnya itu

Semoga infomasi ini berguna untuk anda dan bersiap sedia untuk menerima ahli keluarga baru .

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!