Thailand Dalam Perancangan Import 10 Ribu 'Pet Vaccine' Pertama Di Dunia

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Thailand Dalam Perancangan Import 10 Ribu ‘Pet Vaccine’ Pertama Di Dunia

Share
import
  • Rusia mendaftarkan vaksin haiwan buat pertama kali pada 31 Mac 2021.
  • Vaksin tersebut telah diuji pada haiwan sejak Oktober tahun lalu.
  • Carnivac-Cov merupakan vaksin keluaran Rusia.

import

Haiwan peliharaan di Thailand bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak lama lagi.

Sebuah syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Thailand, Supreme Pharmatech telah mengadakan rundingan dengan pengeluar dari Rusia untuk mengimport vaksin.

Memetik laporan yang dikeluarkan media Rusia, sebanyak 10,000 dos Carnivac-Cov yang diimport akan tiba dalam masa terdekat tetapi harga setiap dos tidak dikongsikan kepada umum. 

Ketua Pegawai Eksekutif Supreme Pharmatech Co, Milint Wintarasiri berkata vaksin COVID-19 untuk haiwan adalah sesuatu yang berupaya membantu pemilik dan haiwan peliharaan agar kekal selamat daripada jangkitan virus tersebut.

“Ini adalah peluang yang baik untuk menyumbang kepada kesihatan haiwan kerana ramai dalam kalangan masyarakat tinggal bersama binatang peliharaan”.

“Vaksin Carnivac-Cov akan membantu mengurangkan risiko berlakunya jangkitan. Sekarang waktu yang sesuai untuk kesedaran ini sejak pelaksanaan suntikan vaksinasi pada manusia sedang giat dijalankan di seluruh dunia”, jelasnya lagi.

Setakat ini tidak ada bukti bahawa haiwan cenderung menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia.

Rusia daftar vaksin haiwan pertama di dunia

import
PHOTO: REUTERS

Berdasarkan maklumat yang ada sehingga kini, risiko penyebaran virus COVID-19 melalui haiwan juga masih dianggap rendah.

Ujian vaksinasi terbukti berkesan untuk melindungi haiwan seperti anjing, kucing, musang, cerpelai, Arctic foxes, minks, foxes serta haiwan lain. Namun terdapat kesan sampingan yang minimum.

Keberkesanan Carnivac-Cov secara tepat tidak dikongsikan dan butiran spesifik mengenai kesan sampingan vaksin juga tidak didedahkan. Jadi bagaimana kita sebagai pemilik untuk mengetahui kesan vaksin tersebut? Hal itu yang menjadi kerisauan dalam kalangan pemilik sebelum vaksin haiwan ini diimport dan digunapakai secara menyeluruh.

Adakah pemilik haiwan di Malaysia sudah bersedia sekiranya binatang peliharaan mereka diwajibkan untuk suntikan vaksin COVID-19?

Penulis masih ragu-ragu untuk mengetahui kesan sepenuhnya setelah ujian vaksinasi dilakukan. Sama-sama kita tunggu kemaskini daripada Jabatan Veterinar Malaysia berhubung vaksin haiwan ini. 

 

Sumber: The Phuket News

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!